"Yuran diperlukan untuk tampung kos pentadbiran kolej," MB Kedah. Kerajaan Negeri tak mampu tanggung. |
ALLAH SWT MAHA BESAR. Belum apa-apa lagi Allah sudah buktikan pembohongan pembangkang di Malaysia.
Masih ingat peristiwa demonstrasi anti-PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka? Mereka beriya-iya menuntut pendidikan tinggi percuma dengan alasa ia adalah hak rakyat.
Tapi apa jadi bila mereka berkuasa? Adakah yuran pengajian di pusat-pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri seperti KUIS, UNISEL dan KUIN dimansuhkan? Ketiga-tiga institusi pengajian tersebut kini berada di bawah pentadbiran penuh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Selangor dan Kedah, jadi kenapa tidak dimansuhkan?
Terbaru, Kerajaan PAS Kedah umumkan akan menaikkan yuran pengajian di KUIN bermula sidang baru kelak. Apa dah jadi ni?
MB Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak dilaporkan berkata, yuran pengajian tersebut amat perlu untuk menampung kerugian yang dialami dan bagi membiayai pengurusan kolej. Persoalannya, kenapa Kerajaan Negeri tidak tamping kos tersebut dan berikan pendidikan percuma kepada anak negeri sendiri?
No comments:
Post a Comment