Di mana mereka ini? |
Rentetan krisis kepimpinan yang sedang melanda kem Pro-M Universiti Malaya menjelang hari penamaan calon pilihan raya kampus (PRK) yang akan diadakan pada 25hb November ini, suara-suara kecewa dan putus asa semakin tidak terpeda khususnya dalam kalangan penyokong Pro-M di Lembah Klang.
UM yang dianggap sebagai kubu kuat Pro-M di peringkat nasional seharusnya menjadi contoh gerakan haluan kiri di kampus-kampus lain. Namun, dengan perkembangan ini, harapan tersebut seolah-olah semakin pudar. Pro-M ketika ini terdesak untuk menawan baki kampus yang belum mengadakan pemilihan selepas gagal mencipta kejutan dalam PRK Fasa 1 yang diadakan pada bulan Oktober lalu.
Satu-satunya kampus yang berjaya ditawan hanyalah UKM, itu pun selepas jentera Pro-Aspirasi berhadapan pelbagai masalah birokrasi membabitkan pihak pentadbiran hingga mengganggu kelancaran kempen mereka. Ramai yang melihat kemenangan Pro-M di UKM, atau lebih dikenali sebagai Gabungan Mahasiswa (GM), sebagai kemenangan tanpa seri kerana masalah tersebut.
Satu-satunya harapan Pro-M ketika ini ialah Universiti Malaya yang perlu disapu bersih bagi membuktikan gerakan tersebut benar-benar relevan untuk mahasiswa di negara ini.
Namun, hingga ke hari ini, Pro-M UM masih berhadapan kemelut dalaman yang sukar diselesaikan membabitkan kepimpinan lama yang masih campur tangan dalam urusan jentera secara tidak langsung seperti yang didedahkan di dalam blog ini semalam |SINI|.
Timbul juga persoalan, mana pergi nama-nama besar seperti Syahid Zaini dan Syazni Munir yang pernah menjadi kepala Pro-M UM dan nasional? Kenapa mereka tidak turun membantu jentera Pro-M? Syahid Zaini misalnya begitu menonjol melalui Sekretariat Malaysia Bangkit yang dilancarkannya tahun lepas hingga menggegarkan negara. Syazni Munir pula berjaya mencatatkan sejarah tersendiri melalui demonstrasi ganas membantah sistem e-undi di Universiti Malaya hingga merempuh bilik Timbalan Naib Canselor pada tahun 2010.
Para penyokong Pro-M percaya, gerakan mereka akan lebih kuat sekiranya nama-nama besar ini turun membantu. Namun harapan itu pasti tidak akan menjadi realiti. Kenapa? Mereka sepakat menyalahkan Safwan Anang dalam hal ini yang didakwa menjadi punca pergeseran kepimpinan sekarang kerana tersalah mencaturkan orang-orang beliau dalam SMM dan Pro-M.
No comments:
Post a Comment