Matlamat menghalalkan cara.
Pro-M UM dilaporkan sedang
menyusun perancangan bersama ‘orang dalam’ daripada Pusat Teknologi Maklumat
(PTM) Universiti Malaya yang
bertanggungjawab ke atas sistem e-undi
yang akan digunakan dalam pilihan raya kampus (PRK) pada 28hb November ini.
Antara lain perancangan tersebut
meliputi perjanjian memanipulasi sistem undian elektronik dan mengunci mulut
bagi memastikan Pro-M menang selesa.
Maklumat ini didedahkan sendiri
oleh sumber dalaman PTM dan satu prosedur tindakan akan diambil bagi menghalang
usaha tersebut.
Perkara ini sebenarnya tidaklah
mengejutkan. Ketika mengambil bahagian dalam Debat Presiden dengan Pengerusi
Penggerak Mahasiswa UM, Saudara Aiman Taslim, telah terpacul kenyataan lisan
dari mulut Pengerusi Pro-M UM sendiri, Saudara Muqit, yang yakin akan menang
dalam PRK kali ini walaupun menggunakan sistem e-undi yang dituduh sebagai
tidak adil.
Kenapa tidak adil? Kalau tidak
adil, bagaimana mereka boleh menang? Pro-M UM selama ini amat keras menentang
penggunaan sistem e-undi yang disifatkan boleh disabotaj dan dimanipulasi. Namun
kali ini, dalam keadaan terdesak untuk menang, mereka telah berpakat dengan
pegawai PTM UM sendiri untuk memanipulasi sistem tersebut.
Persoalannya kini, apa sudah jadi
dengan integriti dan amanah dalam
perjuangan Pro-Mahasiswa? Pendedahan ini mungkin dianggap karut dan fitnah oleh
para penyokong mereka. Kenapa? Semuanya kerana imej Islamik yang ditonjolkan oleh
para duta Pro-M baik di dalam mahupun di luar kampus. Tapi anda jangan lupa,
mereka sedang beraksi di dalam arena politik yang memungkinkan segala-galanya
berlaku. Soal amanah, integriti hanyalah pakaian yang boleh disarungtanggalkan
pada bila-bila masa.
Perkembangan ini juga mendedahkan
betapa agensi-agensi kerajaan semakin teruk dirosakkan oleh pegawai dan
kakitangan yang propembangkang tetapi tidak berintegriti dalam memikul tanggungjawab
yang diamanahkan.
SB tidak membuat sebarang tuduhan atau fitnah di sini. Hal ini
terpaksa SB dedahkan supaya pihak-pihak yang terbabit mengambil tindakan
sewajarnya bagi memastikan PRK berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment