Insiden : Pengerusi Pro-M UM Dipukul
Edikoup Lakip Sediyanto, bekas Pengerusi Pro-M UM yang mendakwa diserang dan dipukul oleh lima orang lelaki tidak kenali. |
Pengerusi Pro-M UM Sidang
2012/2013, Saudara Edikoup Lakip Sediyanto membuat laporan polis pada 25hb
September 2012 mendakwa beliau diserang dan dipukul oleh lima orang lelaki yang
tidak dikenali.
Sebelum itu, pada 24hb September
2012, Edikoup juga membuat laporan polis mendakwa tiga orang lelaki yang tidak
dikenali telah berkunjung ke rumahnya dan mengugut beliau supaya mengingati
kembali apa yang telah dilakukannya selama ini. Dalam laporan itu juga, Edikoup
turut menyatakan tujuannya membuat laporan kerana bimbang sekiranya diapa-apakan
pada kemudian hari selepas didatangi tiga lelaki tersebut.
Mula-mula buat laporan polis
mendakwa didatangi tiga lelaki tidak dikenali dan mengugut beliau. Esoknya
terus dipukul dan dibelasah oleh lima orang lagi lelaki yang juga tidak
dikenali. Seakan sudah dirancang dan terancang skripnya, kan? Sampai ke sudah dia tak kenal lelaki-lelaki tersebut.
Tapi seperti biasa juga, semua
cerita yang ini akhirnya menjurus kepada Penggerak Mahasiswa yang
dituduh sebagai dalang utama dalam serangan tersebut.
Satu lagi persamaan yang jelas
daripada siri operasi hitam yang berlaku di UM ini ialah, semuanya dilancarkan
pada saat-saat akhir menjelang hari pembuangan undi. Insiden kepala babi,
Masturah hilang, Edikoup dipukul berlaku ketika kempen PRK berada di kemuncak
dan apabila ia meletus, semua pihak menjadi bingung. Pada waktu itulah Pro-M
akan beraksi ligat untuk menarik perhatian dan meraih simpati
mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya.
Yang untung siapa? Yang rugi siapa?
No comments:
Post a Comment