Sepatutnya, ketika ini gerombolan Pro-M UM berkonvoi sekitar kawasan kampus. Jika dilihat kembali program-program seumpamanya yang pernah dijalankan sebelum ini, program konvoi kali ini dijangka akan menarik penyertaan yang lebih besar. Namun apa yang berlaku ketika ini, sambutan yang diterima amat hambar walaupun diuar-uarkan sebagai grand konvoi beberapa hari sebelumnya.
Poster program konvoi yang dilabelkan sebagai GRAND oleh Pro-Mahasiswa Universiti Malaya. |
Menurut sumber di UM, sehingga jam 6.00 petang tadi belum ada makhluk oren berkeliaran di sekitar kampus. Tidak ada remp yang membingitkan telinga warga kampus seperti kebiasaan. Yang kelihatan hanyalah pengawal-pengawal keselamatan berkawal di kawasan-kawasan yang dijangka menjadi tumpuan dalam program ini.
Apa sudah jadi? SB akan mendapatkan maklumat lebih lanjut dari masa ke masa.
No comments:
Post a Comment