Bekas mahasiswa UM. Ditendang keluar kerana masalah dalam pengajian. Anwar Ibrahim kutip, lalu ditempatkan KUIS. |
Syukri Razab dulu pernah jadi kepala gerakan Pro-M di UM. Tapi masa depannya gelap. Tak sempat habiskan pengajian pun. Syukri ditendang keluar. Dia tak layak pun nak bercakap tentang pilihan raya kampus di UM kerana status pengajiannya itu. Tapi anehnya, budak-budak Pro-M masih lagi menyanjung lelaki ini.
Rakan-rakan dalam Pro-M tahu Syukri ni macam mana. Masa di UM, masanya dihabiskan dengan berpolitik. Kuliah, tutorial, peperiksaan, tugasan ilmiah, semuanya dilempar jauh. Siang malam dia hanya tahu berpolitik, ke hulu ke hilir pun berpolitik. Kerjanya hanya tahu mencari salah universiti, menghentam kerajaan. Selepas ditendang dari UM, dia dikutip oleh Anwar Ibrahim dan ditawarkan tempat di KUIS tanpa sebarang bayaran. Peranannya di KUIS pun sama, iaitu berpolitik dan menghasut para pelajar supaya membenci kerajaan.
Sebab tu dia tak kisah membuat gesaan seperti dalam salah satu status yang dikemaskini di Facebooknya malam semalam. Dia seru geng Pro-M UM supaya bertindak ganas ke atas Penggerak Mahasiswa. Inikah adab politik yang menjadi pegangannya selama ini?
No comments:
Post a Comment