Kempen kumpulan Penggerak Mahasiswa malam semalam telah dicemari oleh tindakan agresif pihak lawan daripada Pro-Mahasiswa yang menahan salah seorang aktivis Penggerak ketika beliau sedang menjalankan tugas di dalam kampus.
Kejadian tersebut turut dirakam dalam format video dan disebarkan dalam masa yang singkat bertujuan membunuh kredibiliti kumpulan Penggerak Mahasiswa.
Pro-M cuba mengambil kredit daripada insiden ini walaupun tahu pelajar tersebut tidak membuat apa-apa kesalahan. Hal ini secara tidak langsung telah menunjukkan Pro-M sedang tertekan dengan kempen WHAT'S NEXT yang dilancarkan oleh kumpulan Penggerak Mahasiswa.
Apa itu WHAT'S NEXT? Kenapa Pro-M takut sangat? Pendedahan berkenaan kempen ini telah dibuat secara terperinci melalui sebuah blog yang dibangunkan bertujuan membongkar kebobrokan Pro-M Universiti Malaya setiap kali tiba musim PRK. Blog tersebut boleh diikuti di SINI.
Kepada macai-macai Pro-M UM, tak perlu nak bersorak sangat. Anda menangkap orang yang salah. Sepatutnya anda memburu individu yang bertanggungjawab membawa masuk KEPALA BABI ke dalam Surau API, memburu individu yang MENCULIK MASTURAH, MEMUKUL EDIKOUP, dan menconteng kampus dengan LOGO HIPPIE.
Pelajar yang anda tahan itu lebih mulia kerana beliau cuba membangkitkan kesedaran warga kampus tentang perbuatan jahat dan tidak bermoral anda selama ini dan memfitnah Penggerak Mahasiswa saban tahun.
Ikuti juga pendedahan kempen WHAT'S NEXT melalui blog dalam siri artikel terdahulu.
No comments:
Post a Comment