Blogger The Unspinners tak pernah gagal dalam membuat pendedahan dan pembongkaran tentang sisi jahat pembangkang di Malaysia, termasuk yang terbaru ini. Seperti yang kita sedia maklum, pembangkang ketika ini sedang menggerakkan demonstrasi besar-besaran Bersih 4.0 dalam usaha terdesak mereka menggulingkan pemerintah.
Bersih 4.0 yang dicanangkan sebagai aman dan tiada provokasi hanyalah helah semata-mata. Sejak awal mereka telah menyemai amarah dan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Tujuan mereka tidak lain hanyalah mahu mencetuskan porak peranda yang akhirnya akan memudahkan usaha mereka merampas pemerintahan negara.
Namun, apa yang lebih mengecewakan ialah sikap ahli PAS, satu-satunya parti yang mengaku mereka sahaja layak memperjuangkan Islam di Malaysia, turut terlibat dalam usaha laknat ini. Atas alasan sempit mereka menyokong demonstrasi tersebut tanpa mengetahui pelbagai agenda tersirat musuh-musuh Islam di sebalik penganjurannya.
Justeru kepada penyokong-penyokong PAS, disarankan anda mengikuti pendedahan yang dibuat oleh The Unspinners ini di SINI.
No comments:
Post a Comment