Secara peribadi, SB fikir lebih baik dan mulia sekiranya Ustaz Kazim masuk politik atas platform UMNO berbanding terjun ke dalam bidang lakonan.
Hari ni ada ustaz 'hanyut' dek keseronokan menjadi selebriti yang hanya bermodalkan kalimah keramat "bodoh" dan lawak merapunya ketika berceramah.
Namun kepada Ustaz Kazim, telah dibukakan jalan seluas-luasnya untuk beliau mengangkat martabat dakwah Islam oleh Allah SWT melalui UMNO, sebuah parti keramat yang hari ini sedang memegang tampuk pemerintahan negara Islam Malaysia.
Antara menjadi selebriti dan menjadi individu penting dalam parti politik yang berkuasa, mana satu lebih bagus?
Mungkin ada yang menjawab - kononnya - dakwah melalui bidang lakonan lebih berkesan. Poodahh.. Itu semua retorika dalam bisnes perfileman negara.
No comments:
Post a Comment