Sehingga kini, sejumlah 126,000 orang dilaporkan terkorban dalam perang saudara panjang di Syria.
Perkembangan ini didedahkan oleh Pemantau Hak Asasi Manusia Syria selepas 33 bulan perang saudara tersebut meletus membabitkan penganut Sunni dan Syiah.
Daripada jumlah itu, dilaporkan orang awam yang terkorban mencecah 44,381 orang dengan 6,626 orang adalah kanak-kanak dan 4,454 lagi adalah wanita.
Sementara itu, pihak kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad telah dituduh bertanggungjawab dalam pembunuhan beramai-ramai ini oleh Tribunal Perang PBB.
Soalnya, adakah dunia khususnya Amerika Syarikat dan PBB sendiri akan mengambil tindakan tegas ke atas Bashar? Berapa banyak lagi nyawa diperlukan untuk mengukuhkan syarat sebelum tindakan tegas diambil?
Di Malaysia pula, PAS memilih seorang pemimpin mereka yang pro-Syiah dan menyokong kerajaan Bashar sebagai Timbalan Presiden. Apa lagi yang boleh kita harapkan daripada parti ini dalam isu Syria?
No comments:
Post a Comment