Pengunduran Tun Dr. Mahathir daripada jawatan Penasihat PETRONAS mendapat reaksi yang pelbagai.
Ketika rakyat yang sayang dan cinta akan Tun boleh menerima keputusan tersebut, di pihak pembangkang pula, mereka cuba mencetuskan teka-teki dan mencipta persepsi bodoh bagi mengaitkan keputusan Tun dengan kepimpinan Dato' Seri Najib Razak yang didakwa ada masalah.
Harakah Daily misalnya, menyiarkan analisa artikel tulisan seorang blogger PAS, Shahbudin Husin, yang cuba mempersoalkan faktor sebenar Tun mengundurkan diri daripada PETRONAS selain alasan kesihatan yang merosot yang diumumkan oleh Tun sendiri.
Umum mengetahui usia Tun kini sudah mencecah 88 tahun dan tidak lama lagi akan mencapai 99 tahun. Pada usia ini, Tun pasti menghadapi pelbagai kekangan kesihatan khususnya dari segi fizikal. Namun pada blogger belaan PAS ini, kesihatan bukan satu hal yang penting. Menurut Shahbudin, peranan Tun dalam PETRONAS tidak besar, hanya bertindak sebagai Penasihat yang boleh duduk dan tidur di rumah tanpa perlu ke pejabat.
Adakah Shahbudin lupa, dia bercakap tentang Tun Dr. Mahathir bin Mohamad? Manusia ini bukan manusia sembarangan yang boleh disamakan dengan manusia-manusia lain. Kalau Shahbudin fikir Tun boleh memilih bekerja dari rumah, itu kesilapan terbesar beliau dalam memberikan sifat kepada sosok tua ini. Tun bukan jenis duduk goyang kaki dan terima gaji tanpa buat apa-apa. Itu mungkin budaya orang PAS dan para pemimpin mereka, bukan budaya kerja Tun!
Hentikanlah usaha nak burukkan Tun wahai Shahbudin dan Harakah. Kenal sikit dosa dan pahala apabila bersangka buruk.
No comments:
Post a Comment