Ini satu lagi perangai celaka lahanat orang PAS. Daripada ahli, penyokong, pentaksub, sampailah ke ustaz-ustaz dan ulamak politik dalam PAS, semuanya menjadikan fitnah sebagai makanan. Kali ni, paling bodoh dalam sejarah barangkali, ialah fitnah daripada mamat bernama Akmal Kamaruddin yang terkenal di Larut sebagai MENANTU HADI AWANG.
Semua orang PAS di Larut khususnya di Selama kenal mamat ni. Kalangan ahli PAS totok, mamat ni digelar Ustaz walaupun ilmu agamanya diragui kerana menuntut di Syria. Mereka kenal dia pun sebab hubungan mertua-menantu antara dia dan Hadi Awang, Presiden PAS. Kalau dia tak menikah dengan anak Hadi Awang, jangan harap orang PAS Larut nak respek mamat ni.
Namun, ketika PRU-13 baru-baru ni, mamat ini telah dicemuh dan ditolak oleh sebahagian besar penyokong PAS di Selama setelah namanya dicalonkan bertanding jawatan ADUN Selama. Pencalonannya ini telah menafikan hak seorang lagi tokoh besar PAS di Selama, Dr. Dhari Othman yang lebih popular dan disayangi penduduk kampung. Lantaran itu jugalah PAS Selama menerima tamparan yang cukup berapi apabila sejumlah besar penyokongnya mengiystiharkan keluar parti ketika hari pembuangan undi kian hampir.
Perangai dajjal mamat ni rupanya makin menjadi-jadi. Mungkin juda dia dah sedar politiknya itu ditolak oleh orang PAS sendiri, lalu dia cipta fitnah terbaru yang lebih rare supaya namanya kembali menjulang. Tapi silap banyaklah. Yang dia fitnah tu Ustaz Kazim, bukan calang-calang sosok.
Kepada Akmal, bertaubatlah kalau tak mahu dihina di Mahsyar kelak di hadapan Ustaz Kazim dan kami semua.
1 comment:
Bro.. salam alaikum. Saya sokong psl yang lain. Cumanya bab belajar kt syria tuh.walau saya x de la belajar dekat syria. Tapi Untuk pengetahuan bro, syria antara yang terbaik kalau dari segi ilmu. Sebab, ramai je ustaz phd tapi setakat atas ijazah bro. Ilmu lain.
Yang lain saya setuju la jugak.
Post a Comment