1. Tanpa sebarang niat memperkecilkan mana-mana pihak, SB tidak melihat kemunculan GM13 atau Gerakan Mahasiswa Untuk PRU 13 yang dipimpin oleh Safwan Anang sebagai suatu perkara yang begitu besar untuk dibincangkan.
2. Cukup SB nyatakan di sini, pimpinan utama GM13 sendiri tidak memiliki kualiti yang boleh diharapkan jika mereka benar-benar mahu menyertai PRU kali ini. Ini kerana, sebahagian besar daripada mereka yang berada di barisan hadapan GM13 ialah kelompok yang bermasalah dalam pelajaran dan sering menimbulkan kekacauan baik di dalam kampus mahupun di luar kampus.
Khemah, banner haram dan simbol penumbuk memang tidak boleh dipisahkan daripada imej kumpulan mahasiswa ini. |
3. Masih ingatkah kita pada peristiwa paling memalukan dalam sejarah pendidikan tinggi negara apabila sekumpulan mahasiswa menjulang potret Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi yang telah dikalungkan dengan bunga malai atau bunga kematian mengikut adat agama Hindu? Peristiwa memalukan ini berlaku pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka ketika mereka berdemonstrasi secara liar menuntut pemansuhan PTPTN. Siapa mereka? Mereka inilah yang hari ini menggerakkan GM13.
4. Hari ini dilaporkan GM13 akan bertanding di beberapa kerusi panas termasuk di Pagoh dan Lembah Pantai selain Pekan sendiri untuk menentang Perdana Menteri.
5. Tidakkah ini hanya permainan politik murahan?
6. Walau apa-apa pun konflik yang dipamerkan kononnya GM13 berkrisis dengan PR, percayalah, ia hanya sandiwara, sandiwara, sandiwara dan kekal sebagai sandiwara hinggalah hari penamaan calon kelak. Di sebalik gerakan haram ini tidak lain dan tidak bukan ialah PR sendiri!
7. Tujuannya supaya fokus jentera Barisan Nasional diganggu, terutamanya membabitkan jentera maya yang beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu tanpa henti. Inilah tujuan utamanya, yakni supaya akhirnya kita leka dan ghairah menghentam mahasiswa-mahasiswa kayu ini.
No comments:
Post a Comment