Analisis Strategi 100(1+1)+30% Pakatan Rakyat
1. Pengumuman Ketua Umum Pakatan
Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin akan bertanding di
kerusi baru dan menyerahkan kerusi Parlimen Permatang Pauh kepada calon baharu
dalam PRU 13 ini, mendedahkan pelbagai perkara tersirat.
2. Jika mengikut perancangan
Anwar Ibrahim, kerusi Permatang Pauh itu kekal menjadi milik PKR. Desas-desus
kuat mengatakan salah seorang anak Anwar sendiri akan bertanding di kawasan
tersebut. Persoalannya, kenapa bukan Wan Azizah, Presiden PKR sendiri? Adakah
pimpinan atasan meragui kemampuan Wan Azizah, atau isteri Anwar itu sendiri
sudah tidak relevan?
3. Kerusi baru Anwar nanti
kemungkinan besar ialah di Lumut. Berdasarkan analisis muktahir, Lumut ialah
kawasan kaum Cina. Nampaknya Anwar hanya berani masuk ke kawasan yang diyakini
selamat. Kaum Cina dilihat mendokong kuat cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana
Menteri berbanding calon-calon lain. Kenapa?
4. Strategi 1+1 ini akan
membolehkan Pakatan Rakyat menambahkan kerusi baru dengan mudah, dicampur
dengan 100 kerusi yang disasarkan menang oleh mereka dalam PRU 13 kelak.
5. Namun, sekiranya Anwar Ibrahim
kalah di kerusi barunya itu nanti, adakah kita akan melalui sekali lagi
peristiwa Wan Azizah meletakkan jawatan selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh dan
mengadakan pengundian semula kerana ingin memberikan laluan kepada Anwar
Ibrahim?
6. Kemungkinan tersebut
sememangnya ada. Jika Anwar kalah, pasti ada kerusi yang menjadi korban kerana
Anwar tidak boleh tidak, pasti akan diangkat menjadi Ketua bagi Pakatan Rakyat
di Parlimen. Sama ada di Permatang Pauh sendiri, atau di mana-mana kerusi lain
yang diyakini selamat, perkara ini pasti akan berlaku.
7. Jika Anwar benar-benar mahu
menambahkan kerusi untuk Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya masuk ke kawasan
yang dikuasai Barisan Nasional seperti Pekan dan Pagoh. Lawan Anwar bukan calon
dari kelas bawahan tetapi Dato’ Seri Najib, atau paling kurang pun, Tan Sri
Muhyiddin Yasin.
No comments:
Post a Comment