1. Timor Leste, salah sebuah negara
merdeka paling muda di dunia, dahulunya ialah sebahagian daripada wilayah
Indonesia yang dikenali dengan nama Timor Timur.
Negara Timor Leste kini. |
2. Sebelum dibebaskan secara rasmi
oleh Presiden Gus Dur, kawan baik Anwar Ibrahim pada tahun 2002, wilayah ini
mencatatkan pelbagai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha mereka berdiri
sebagai sebuah negara merdeka.
3. Ia bermula apabila seorang tokoh
penting di sebalik usaha tersebut, dikenali sebagai Xanana Gusmao, menggerakkan kempen kemerdekaan daripada Indonesia
yang ketika itu dipimpin oleh Presiden Suharto.
Pemimpin gerila Timor Leste, Xanana Gusmao berucap di United Nation selepas dilantik menjadi Presiden Timor Leste. |
4. Gusmao turut mendapat sokongan
pelbagai pihak asing termasuk sebuah NGO dari Malaysia iaitu SUARAM pimpinan
Tian Chua dan R.Sivarasah. Melalui peranan aktif SUARAM inilah, Kuala Lumpur
menjadi titik penting kejayaan tuntutan kemerdekaan Timor Timur pada 2002 itu.
5. SUARAM bertanggungjawab
menganjurkan Forum Asia Pacific Conference on East Timor (APCET) Siri 2 pada 9 November 1999 selepas siri
pertama yang diadakan di Manila, Filiphina pada bulan May, 1994.
Fakta APCET. |
6. Selain Malaysia yang diterajui
SUARAM, gerakan menyokong kempen kemerdekaan Timor Timur ini turut mendapat
perhatian Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa negara lagi di rantau
Asia Pasifik.
7. Kempen ini sedikit sebanyak telah
menekan kerajaan pimpinan Suharto, namun beliau masih bertahan daripada asakan
tentera Gusmao sehinggalah krisis kewangan melanda rantau Asia Tenggara pada tahun 1998. Kerajaan Indonesia
tidak mempunyai pilihan yang banyak bagi menghadapi krisis ini hingga terpaksa
mengambil pinjaman kewangan daripada IMF.
8. Akibat tekanan melampau hasil
gerakan reformasi rakyat Indonesia pimpinan Amien Rais (juga kawan baik Anwar
Ibrahim), akhirnya Suharto dijatuhkan dan Presiden Gus Dur mengambil alih
tampuk pemerintahan Indonesia yang baru. Seperti yang diketahui umum, perkara
pertama yang dilakukan oleh Gus dur selepas bergelar Presiden ialah
memerdekakan Timor Timur buat selama-lamanyanya. Sejak itu, negara baru merdeka
ini mula berkembang sebagai pusat baru pengembangan agama Kristian di rantau
ini dengan nama baru iaitu Timor Leste.
9. Bagaimanakah situasi ini berlaku
sedangkan Suharto telah berjaya bertahan daripada melihat negaranya kehilangan
sebuah wilayah yang besar seperti Timor Timur itu?
10. Inilah natijahnya apabila
kerajaan yang dibentuk tidak memiliki kuasa pemutus mutlak atau majoriti 2/3 di
Dewan Rakyat. Lebih parah bila kerajaan tersebut hanya tunduk kepada arahan
atau tekanan dari dunia luar.
Saifuddin Nasution (bertopi) ketika masih bergelar S/U Kerja Pemuda UMNO Malaysia Beliau memimpin gerakan menentang APCET II |
11. Meskipun Forum APCET II cuba dihalang
oleh Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Saifuddin Nasution, namun usaha
tersebut seolah-olah tidak membawa apa-apa makna kerana pada masa yang sama, ia
menerima sokongan padu dari negara luar termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu
(PBB) seperti yang SB kemukan awal tadi.
12. Kesemua NGO asing yang terlibat
dalam kempen ini pada masa yang sama pula mempunyai kaitan langsung dengan
penyangak mata wang George Soros yang merancang kegawatan ekonomi di rantau ini
pada tahun 1998. Di sinilah punca sebenar kejatuhan Suharto yang membawa
kemerdekaan Timor Timur itu.
13. Rakyat Indonesia sendiri tidak
percaya mereka akan kehilangan sebuah wilayah sebesar Semenanjung Malaysia
dengan begitu mudah.
14. Kisah kemerdekaan Timor Timur ini
sebenarnya mempunyai jalan cerita yang mirip dengan insiden pencerobohan di
Lahad Datu. Lebih memeranjatkan, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan
penglibatan SUARAM dan Tian Chua sendiri dalam insiden tersebut.
15. Sekiranya Timor Leste berjaya membentuk
sebuah negara merdeka hasil bantuan dan sokongan SUARAM, tidak mustahil ‘kejayaan’
yang sama boleh dicapai di Sabah.
1 comment:
Betul ke ni. Mcm tipuuuu je...
Post a Comment