1. Kempen Solidariti Anak Muda
Malaysia untuk mengharamkan UMNO dilihat sekadar usaha terdesak yang bersifat
populis semata-mata bagi mengalihkan tumpuan rakyat terhadap pelbagai isu
membabitkan Pakatan Rakyat ketika ini.
2. Isu utama sudah tentulah
berkait dengan dakwaan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik pencerobohan
pengganas Sulu di Lahad Datu. Semakin hari semakin banyak bukti didedahkan. Anwar,
Tian Chua, Sivarasah dan SUARAM ialah antara nama yang dikaitkan berserta
pelbagai bukti yang sukar disanggah oleh blogger Pakatan Rakyat sejak insiden
ini mula meletus.
3. Selain itu, Pakatan Rakyat
juga kelihatan terdesak kerana kemungkinan DAP akan diharamkan menjelang PRU 13
atas dakwaan penyelewengan undi dalam CEC yang diadakan baru-baru ini.
Pendaftar Pertubuhan (ROS) dijangka akan memuktamadkan siasatan dalam masa
terdekat sekaligus memberikan tekanan kepada parti tersebut.
4. Jika SAMM serius sangat, apa
kata gegarkan dulu Pakatan Rakyat yang hingga kini masih belum ditubuhkan
secara sah, atau lebih tepat PAKATAN HARAM.
5. SAMM juga perlu maklum bahawa
terdapat ratusan NGO haram yang ditubuhkan semata-mata mahu menguatkan Pakatan
Rakyat termasuk BERSIH yang diagung-agungkan oleh kaum PAS itu.
6. Dan paling wajib didedahkan ialah penyelewengan dalam
pemilihan jawatan tertinggi PKR sendiri yang hingga ke hari ini masih belum
diselesaikan. Chegu Bard sebagai Pengerusi SAMM yang dicalonkan bertanding
jawatan Ketua AMK juga disingkirkan akibat penyelewengan yang berlaku di
peringkat dalaman parti tersebut.
7. Jika SAMM ada pasukan blogger yang dibayar untuk kempen
ini, kami ada ribuan blogger yang sedia menggempur Pakatan Rakyat dari bulu
kaki sampai hujung rambut. Lawan tetap lawan!!
SB : Ada dua jenis samdol. Pertama badigol, kedua Chegu Bard.
No comments:
Post a Comment