1. Logikkah jika SUARAM menjadi
dalang di sebalik pencerobohan Lahad Datu? SB pernah ditanya soalan ini ketika
insiden pencerobohan tersebut mula dibongkarkan. SB jawab, kenapa tak logik pula?
2. Berdasarkan rekod sedia ada,
SUARAM mampu memerdekakan sebuah wilayah hampir sebesar semenanjung Malaysia
menjadi sebuah negara merdeka di Indonesia iaitu Timor Leste. Jadi tak mustahil
dengan perancangan rapi yang disusun oleh pengkhianat-pengkhianat negara ini,
Sabah juga akan dikeluarkan dari Malaysia!
3. Apa yang sedang berlaku di Sabah
ketika ini tidak jauh bezanya dengan perjuangan Xanana Gusmao, Presiden pertama
Timor Leste (dahulu dikenali sebagai Timor Timur), yang berjaya membawa keluar
wilayah tersebut dari Indonesia.
4. Gusmao melancarkan kempen jangka
panjang dan menggunakan tektik perang gerila bagi mewujudkan ketegangan
berpanjangan di wilayah tersebut. Ia sama seperti taktikal yang digunakan
ketika ini oleh penceroboh Kiram di Lahad Datu, Sabah.
Timor Leste. |
5. Justeru krisis di Sabah diyakini
akan mengambil masa yang lama dan kedurjanaan mereka tidak akan terhenti dengan
mudah, apatah lagi selepas mendapat bantuan daripada pelbagai pihak termasuk
SUARAM yang dilaporkan mengepam sejumlah 2 juta dollar US kepada pasukan Kiram
sebelum pencerobohan dilakukan.
6. Pun begitu, kerajaan Malaysia
telah mengambil langkah yang sangat bijak apabila menyelesaikan insiden ini
sebagai satu kes jenayah pencerobohan, bukannya peperangan seperti yang diambil
oleh kerajaan Indonesia ketika berhadapan pemberontakan Xanana Gusmao dahulu.
7. Tindakan peperangan melibatkan
ketenteraan sebenarnya hanya membuka pintu kepada campur tangan asing dan
itulah yang berlaku di Timor Timur apabila forum Asia Pacific Conference on
East Timor (APCET) yang diadakan dalam dua siri di Manila dan Kuala Lumpur
diadakan khusus bagi membincangkan kemerdekaan wilayah tersebut. Pelbagai negara
dari rantau Asia Pasifik dan wakil khas dari United Nations (UN) hadir dalam
kedua-dua forum dengan Malaysia diwakili SUARAM sendiri.
Info APCET |
8. Walaupun forum ini tidak mendapat
persetujuan Kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Dr. Mahathir, namun atas alasan
demokrasi, ia tidak boleh dihalang. Satu-satunya pihak yang berani menentang
forum tersebut ialah Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai Setiausaha Kerjanya,
Saifuddin Nasution.
9. Ironinya pula, hari ini,
Saifuddin Nasution bersekongkol dengan SUARAM dan Tian Chua sendiri dalam PKR
walaupun dulu dialah yang paling lantang menentang SUARAM.
10. Rentetan pelbagai bentuk tekanan
yang diterima baik dari dalam luar negara, kerajaan Indonesia akhirnya
memerdekakan Timor Timur ketika pemerintahan Presiden Gus Dur. Baca
perinciannya di SINI.
11. Justeru SB menyeru kepada kita
semua supaya tidak mengambil mudah dengan ancaman yang sedang melanda negara ketika
ini. Kita sedang berhadapan dengan sekumpulan musuh dan pengkhianat dari
kalangan warganegara sendiri yang bergerak aktif dalam SUARAM. Jangan sesekali
terpesona dengan ideologi freedom, justice and equality yang ditaburkan oleh
kumpulan NGO ini. Mereka inilah musuh sebenar negara kita.
SB : SUARAM itu SUARA ANAK HARAM MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment