1. SB difahamkan, terdapat
beberapa laporan media antarabangsa yang mengaitkan pembangkang Malaysia dalam
insiden pencerobohan militan yang setia kepada waris Kesultanan Sulu di
Kg.Tanduo, Lahad Datu, Sabah.
2. Perkembangan muktahir pula menunjukkan aktiviti penceroboh telah memasuki perimeter yang lebih hingga ke Kunak dan Semporna.
3. Sejak beberapa bulan lalu, pihak risikan negara telah mengenalpasti terdapatnya 'aktiviti' mencurigakan di Sabah khususnya di kawasan-kawasan yang dilaporkan.
4. Berdasarkan laporan media-media asing tersebut pula (termasuk agensi berita Reuters), terdapat pertemuan wakil pembangkang dari Malaysia dgn wakik Sultan Sulu di Filiphina yg bertujuan membincangkan soal tanah di Sabah.
5. Terdapat juga laporan dari Manila yg menyebut perjanjian diatur bagi membolehkan Sabah diberi autonomi atau pemerintahan sendiri sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya selepas PRU 13 kelak. Kuasa autonomi tersebut dilaporkan akan diserahkan kpd kerabat Sultan Sulu yg sedang menuntut kembali 'tanah air' mereka itu.
6. Sekiranya semua ini benar-benar berlaku, maka jelaslah pembangkang sedang masuk perangkap yg dipasang oleh pihak risikan baik di Malaysia, mahupun di Filiphina.

7. Adakah pembangkang fikir perisik-perisik tidak mengikuti pergerakan mereka?
8. SB juga difahamkan, pencerobohan ini agak rumit untuk diselesaikan memandangkan tentera Sultan Sulu menggunakan taktik perang gerila berbanding peperangan secara terbuka.
9. Walaupun negara kita diiktiraf dunia sebagai pakar peperangan gerila (sejarah membuktikan ketika Malaysia berhadapan ancaman komunis, pasukan komando PGA telah berjaya mematahkan serangan melalui taktik perang gerila) namun tentera Sultan Sulu juga dilaporkan sangat mahir dalam taktikal tersebut termasuk memiliki penembak curi yg berkemahiran tinggi.
10. Justeru masa yg lebih lama diperlukan untuk mematahkan sepenuhnya ancaman pencerobohan ini.
11. Ironinya pula, inilah yg dikehendaki oleh dalang utamanya. Ia akan mencetuskan rasa tidak selamat dan mengganggu psikologi penduduk di Sabah menjelas pilihan raya umum kelak.
12. Pada kedudukan inilah ia akan memberi keuntungan secara politik kpd kumpulan yg dinaungi dalang tersebut.
13. SB percaya kemungkinan tersebut ada. Namun kita tidak boleh membuat sebarang tuduhan secara terbuka. Kita perlu meletakkan kepercayaan sepenuhnya kpd pihak ATM dan PDRM dlm menangani insiden hitam ini.
14. Bersamalah mendoakan kesejahteraan negara.
1 comment:
9. Mereka mahir perang gerila. Mereka sebenarnya pembunuh upahan dan bukan pejuang kemerdekaan. Mereka merepot sesuatu kepada polis kemudian menyerang polis apabila penyiasatan dilakukan. Ini sebenarnya penjenayah dan bukan askar dan perlu dihukum sebegitu.
Post a Comment