Fahmi Reza dan teman wanitanya sedang memberi talk tentang demonstrasi dan protes kepada remaja dan mahasiswa. |
Sabtu, 7 April 2012, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, telah berlangsung sebuah bengkel khusus untuk melatih dan membentuk para demonstran generasi baru di Malaysia.
Ia dikendalikan oleh Fahmi Reza dan teman wanitanya dan dihadiri oleh 16 orang peserta daripada 25 orang yang mendaftarkan diri.
Modus operandi bengkel ini agak menarik. Peserta yang ingin turut serta akan dihubungi dari semasa ke semasa manakala lokasi ia diadakan pula dimaklumkan pada saat-saat akhir bagi mengelakkan maklumat bocor ke tangan pihak berkuasa.
Teman wanita Fahmi? Tidak ada yang mahu ambil inisiatif menegurkah? SIGMA? INSPIRASI? |
Dalam bengkel ini, Fahmi Reza dan teman wanitanya yang berimej seksi telah menyampaikan pelbagai bentuk panduan untuk menganjur dan mengadakan demonstrasi yang dicedok daripada modul-modul ciptaan sebuah yayasan penaja demokrasi pro-Yahudi iaitu National Democratic Institute (NDI). |SINI|
Antara isi penting yang disampaikan oleh Fahmi dan teman wanitanya itu termasuklah definisi demonstrasi dan protes, perkara-perkara teknikal semasa demonstrasi, aspek taktikal dan sasaran sesebuah demonstrasi diadakan.
Apa yang ingin SB highlight di sini ialah usaha Fahmi mengajak mahasiswa kita ke jalanan. Banyak tips yang dia kongsikan dalam bengkel tersebut menyimpang jauh daripada budaya masyarakat kita.
Misalnya, Fahmi mengajar bahawa dengan demonstrasi, mereka dapat memberikan tekanan kepada pihak lawan (baca:kerajaan) dan berharap ia akan membantu mengubah polisi tertentu seperti yang didesak. Lebih kerap demonstrasi maka lebih banyak perhatian akan diberikan kepada kumpulan demonstran meskipun cuma minoriti.
Sekiranya berlaku situasi-situasi seperti provokasi, pergaduhan, ketegangan dan sebagainya lagi, mereka amat mengharapkan pihak media tak kira arus perdana ataupun alternatif untuk membesarkan lagi isu tersebut. Dengan cara ini mereka akan menerima lebih banyak perhatian daripada masyarakat termasuk pihak kerajaan sendiri.
Hal ini sekaligus membenarkan segala telahan kita bawah setiap demonstrasi yang berlaku di negara ini sememangnya dirancang dengan teliti bertujuan mewujudkan tension atau ketegangan antara rakyat dan pemerintah. Semua aspek teknikal dan taktikal diaplikasikan terutamanya peranan pihak media.
Ia ditambah melalui saranan demi saranan daripada golongan akademik yang juga terpengaruh dengan budaya demokrasi dan politik Barat seperti Dr. Aziz Bari dan Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah |SINI| supaya golongan mahasiswa mengemudi revolusi di Malaysia sama seperti yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.
Berdasarkan perkembangan ini, tidak mustahil negara kita akan menyaksikan lebih banyak demonstrasi jalanan akan digerakkan. Lebih banyak tension berlaku, lebih banyak konflik dan ketegangan dan lebih banyak masalah ke atas orang ramai hanya kerana ideologi songsang golongan anti-establishment seperti kumpulan BERSIH dan grup Fahmi Reza ini. Bersedialah anda.
Mohon rakan-rakan mengikuti rakaman kuliah di bawah. Terima kasih.
4 comments:
Salute u bro!
oh lu ke bro?
lu join jugak bengkel tu ye..
rupa-rupanya ada SB
gua dah agak
gua tahu siapa lu
kahkahkah lain kali hati-hati kalau nak jadi barua pun...
gambar lu gua ada jugak...kahkahkah
sebenarnya ptptn menetapkan ijazah kelas pertama sebagai sasaran menukar daripada pinjaman kepada biasiswa adalah untuk melahirkan siswa yang mantap dari segi akademik dan berjaya dalam aktiviti luar yang lain. INI AMAT DISEDARI OLIH BANGSA CINA. hasilnya hampir 9,000 pelajar cina diberi kelepasan pembayaran balik dari sejumlah 12,000 pelajar yang mendapat pelepasan dan ini tidak difahami olih bangsa melayu, jadilah mereka seperti anjing menyalak bukit kerana tidak memahami matlamat sebenar ptptn. inilah bodoh dan bengongnya melayu dan cerdik dan pintarnya cina mengambil segala kesempatan yang kerajaan berikan. inilah yang sepatutnya diwar-warkan olih kerajaan bagi melawan fitnah pembangkang dan mahasewel tahap gaban ini. biarkan luncai terjun dengan labu-labunya.
cikaro mne dia (fahmi) dapt tu.
Post a Comment