Subsidi pendidikan tertiari di Malaysia antara yang tertinggi diberikan oleg kerajaan walaupun jumlah penerima/pengguna (pelajar) adalah kecil. |
SUBSIDI YURAN PENGAJIAN
TAHUKAH ANDA bahawa Kerajaan telah mensubsidikan yuran pengajian di IPTA di antara 85% hingga 95% dari kadar yuran sebenar. Sebagai contoh, untuk Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, pelajar hanya perlu membayar RM5,600 sahaja untuk yuran pengajian bagi tempoh empat (4) tahun pengajian berbanding yuran sebenar iaitu RM61,200. Dalam erti kata lain, pelajar hanya perlu membayar 9.2% sahaja daripada jumlah yuran sebenar dan baki 90.8% lagi dibayar oleh kerajaan.
Kadar subsidi yuran pengajian ini kekal sehingga hari dari tahun 90 an lagi tanpa sebarang kenaikan sekalipun pelbagai infrastruktur dan prasarana baru terus disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan pelajar di IPTA. Ini dilaksanakan sebagai sebahagian dari tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding dengan amalan terbaik yang digunakan di peringkat antarabangsa.
Bacaan mengapak, di SINI.
No comments:
Post a Comment