Ini budak belia bernama Fahmi Reza. Kononnya, dia ni dibanned daripada memasuki mana-mana universiti awam di negara ni. SB tak pasti, sebab sejak akhir-akhir ni budak tak habis pengajian ini kerap masuk universiti untuk bagi kuliah termasuk di UM dan USM. Kuliahnya sepusar isu autonomi mahasiswa, kebebasan bersuara dan mengajak para pelajar ke jalanan mendokong perjuangannya.
Dulu dia dihantar ke luar negara untuk belajar kejuruteraan dengan penajaan penuh oleh sebuah syarikat GLC terkenal negara. Tapi di sana, dia belot. Dia khianat terhadap amanah dan duit rakyat. Pengajiannya tak habis kerana terlalu sibuk menelaah budaya baru. Mungkin juga kejutan budaya. Dia terpengaruh dengan ideologi-ideologi kebebasan seperti komunisme dan sosialisme. Akhirnya, bukan ilmu berguna yang dibawa pulang tapi budaya merapu dan jalanan yang didakwahkan kepada mahasiswa di sini.
Ini satu lagi simbol kegagalan anak bangsa kita memanfaatkan keistimewaan yang diberikan, malah bertungkus-lumus pula menyebarkan dogma supaya keistimewaan itu dihapuskan atas nama kebebasan hak asasi manusia.
Ketika ini, budak ni sedang sibuk mempromosikan idea Occupy Dataran, satu gerakan yang mencelup bulat-bulat protes Tahrir Square di Mesir, kononnya Malaysia juga perlu direvolusikan sama seperti negara-negara Timur Tengah yang lain. Allah Maha Besar, Malaysia masih terpelihara, Alhamdulillah.
Klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment