21 April 2012, telah berlangsung satu program kesedaran tentang ancaman Seks Bebas dan LGBT di Universiti Putra Malaysia. Dianggarkan 5000 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa, anak-anak muda sekitar Lembah Klang dan masyarakat setempat berkumpul di Stadium Bola Sepak UPM bagi menyatakan sokongan terhadap program ini.
Walaupun perancangan asal untuk diadakan di Dataran Merdeka ditolak oleh pihak DBKL atas faktor-faktor keselamatan, ia sama sekali tidak melemahkan semangat penganjur yang terdiri daripada pelbagai NGO diketuai oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) untuk meneruskan program yang bermula jam 3.00 petang itu.
Berikut merupakan foto-foto yang sempat dirakam sepanjang program ini berlangsung :
Sementara itu, blogger Dr. MiM turut mendedahkan penglibatan kumpulan yang menyokong LGBT di Malaysia dalam demonstrasi anti-PTPTN baru-baru ini. |SINI| Bagi SB, hal ini amat serius dan perlu dibongkarkan sebaik mungkin supaya mahasiswa sedar ancaman yang sedang menanti kita semua.
Lupakan segala pertelingkahan dan perbalahan sesama kita. Marilah bersatu menentang parasit akidah ini yang boleh menjadi bom jangka paling dahsyat untuk generasi masa depan negara.
Lebih banyak pendedahan selepas ini. Kunjungi juga blog SARFAMS, MALAYSIA BANGKIT, TERATAK BISU, LAUT BIRU dan BANGSA AGUNG untuk mengikuti pendedahan yang sama dari sudut pandang yang berbeza!
No comments:
Post a Comment