Seandainya ada tangkapan terhadap dalang keganasan sewaktu demonstrasi BERSIH 3.0 Sabtu lepas (28/04/2012), maka individu pertama yang perlu ditangkap bukan Ambiga tetapi Brader Anwar Bin Ibrahim. Kedua, Chegu Bard dan ketiga, Azmin Ali.
Footage di atas dengan jelas memaparkan arahan daripada Anwar melalui isyarat yang jelas supaya demonstran meneruskan kemaraan. Azmin Ali yang berdiri tidak jauh dari Anwar kemudian mengarahkan demonstran merempuh halangan pagar yang disediakan oleh pihak berkuasa.
Itu rakaman di lokasi di mana Anwar berada. Bagaimana rakaman-rakaman lain yang menunjukkan dengan jelas Unit Amal PAS melakukan rempuhan ganas terhadap pihak polis yang berkawal?
Dakwaan bahawa Polis sendiri yang membuka halangan juga tidak benar. Dalam situasi yang genting itu, pihak Polis dengan kekuatan yang terhad tidak dapat lagi menahan asakan melainkan terpaksa membiarkan demonstran terus meluru masuk.
Anda fikirkan sendiri, siapa yang ganas? Jangan tunggu Anwar mengaku mengarahkan demonstran mengganas kerana dia tetap akan menyalahkan pihak polis, media arus perdana dan sesiapa sahaja yang dirasakan perlu demi menyelamatkan diri.
No comments:
Post a Comment