Ustaz Nasharuddin Mat Isa (gambar), bekas Timbalan Presiden PAS, dalam kenyataannya selepas wacana Kemungkaran LGBT Mengundang Bala Allah di Dewan Besar UTM, Kampus Antarabangsa, Kuala Lumpur, semalam menyifatkan LGBT sebagai ancaman besar kepada masyarakat di negara ini jika tidak dibendung dari awal.
Tapi itu bukan point yang nak SB tekankan di sini. SB lebih tertarik dengan fatwa yang dibacakannya dalam wacana tersebut, iaitu TIDAK BOLEH bagi umat Islam mengikut pemimpin yang menyokong LGBT dan menggalakkan kebebasan beragama. Siapa pemimpin yang dimaksudkan? Anwar Ibrahim? Atau Ambiga?
Walaupun jawapannya lebih tertumpu kepada Ambiga, tetapi bagi SB, kedua-dua pemimpin tersebut sememangnya menyokong LGBT dan kebebasan beragama melalui pelbagai kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.
Ambiga bahkan diangkat sebagai Pengerusi BERSIH, termasuk siri 3 yang akan berlangsung hujung minggu ini. Sebahagian besar peserta BERSIH pula ialah mahasiswa yang rata-rata belum faham erti politik tetapi terlalu ghairah mahu mengubah negara ini ke arah demokrasi sebenar.
Wacana LGBT di Dewan Besar UTM, Kampus Antarabangsa, KL semalam. Sumber dari blog penganjur, MUAFAKAT. |
Adakah mereka sedar, demokrasi yang sedang dituntut itu ialah demokrasi yang boleh menjahanamkan diri mereka, keluarga bahkan seluruh institusi masyarakat kerana ia mementingkan freedom atau kebebasan yang menyeluruh seperti di Barat? Bebas bersuara, bebas bergaul, bebas orientasi seks, bebas segala-galanya. Adakah ia bagus?
Mujurlah ada pemimpin-pemimpin seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang masih berani menegakkan kebenaran walaupun tidak senada dengan suara pimpinan pusat dalam PAS. Semoga beliau terus kekal di dalam PAS, tidak ditendang oleh parasit-parasit Anwarinas yang sedang mengubah identiti parti Islam tersebut sebagaimana yang berlaku ke atas Ustaz Hassan Ali dan Ustaz Hassan Basri.
No comments:
Post a Comment