Berdasarkan statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, seramai 7883 orang gelandangan berjaya diselamatkan di seluruh negara pada tahun 2011.
14 April, 2012, sejumlah kecil mahasiswa (sekitar 30-35 orang) secara sukarela menjadi gelandangan terhormat bagi menjayakan kempen menaikkan saham PKR di negara ini menjelang PRU13. Buktinya seperti gambar-gambar di bawah.
Gelandangan mahasiswa murahan. Menconteng arang di muka ibu bapa di rumah. |
Mahasiswa lain sibuk ulang kaji pelajaran, mereka sibuk tukar kerajaan. |
Sekitar jam 9.00 malam 14 April 2012, FB milik Setiausaha Kerja Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua iaitu Saudara Rozan Azen Mat Rasip didapati telah dikemaskini dengan status menyatakan beliau menyerahkan bekalan makanan berupa pizza dan air mineral kepada mahasiswa gelandangan tersebut. Bagaimanapun status tersebut telah dipadam beberapa ketika kemudian sebelum dikemaskini dengan status-status lain termasuk seperti yang di bawah.
Hubungan langsung yang tidak disembunyikan oleh AMK tetapi cuba dinafikan oleh SMM. Apa cerita ni? |
Sdr Rozan berbaju hitam bertanda merah bersama YB Tian Chua semalam. |
Hal ini secara tidak langsung membuktikan pembabitan PKR melalui AMK dalam demonstrasi paling celaka dalam sejarah mahasiswa abad ini di Malaysia. SMM dan Pro-M berulang-kali menyatakan mereka bebas daripada sebarang campur tangan parti politik tetapi pada masa yang sama gigih menjalin kerjasama. Siapa tipu siapa sekarang?
No comments:
Post a Comment