Pendidikan percuma turut disenaraikan dalam 9 tuntutan Malaysia Bangkit yang dibawa oleh mahasiswa pro-pembangkang. |
Pihak pembangkang mencanangkan ke seluruh negara bahawa mereka akan memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan tertiari percuma sekiranya diberikan mandat ke Putrajaya.
Dalil mereka mudah, negara memiliki kemampuan kewangan yang besar melalui Petronas yang mampu menampung segala perbelanjaan mengurustadbir dan aktiviti pembangunan lain.
Tetapi mereka tidak pernah sekalipun memberitahu kepada kita bagaimana kerajaan pada waktu ini menjana sumber kewangan PTPTN untuk menampung pinjaman pendidikan sebahagian besar mahasiswa di IPTA dan IPTS.
Jika benar Petronas mampu menampung semua kos tersebut, kenapa kerajaan hari ini tidak memanfaatkannya? Adakah kerajaan hari ini terlalu bodoh hingga terpaksa membuat pinjaman dari institusi kewangan tempatan dengan kadar faedah antara 4-5% setahun? Lihat jadual di bawah.
Kadar faedah atas pinjaman ini ditanggung oleh kerajaan, bukannya peminjam atau pelajar. Peminjam atau pelajar hanya perlu membayar caj perkhidmatan atau ujrah (upah) yang dianggap sudah rendah iaitu 1% berbanding faedah 3 % seperti yang ditetapkan oleh DS Anwar Ibrahim ketika penubuhannya pada 1 November 1997.
Kadar faedah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun. Untuk tahun 2012 pula, sejumlah RM1.09 bilion diperlukan bagi membayar kadar faedah pinjaman PTPTN kepada institusi-institusi kewangan yang menyumbangkan dana untuk perbadanan ini.
Namun begitu, kerajaan terus meningkatkan bantuan dan subsidi untuk pembangunan sektor pendidikan tertiari yang sebenarnya hanya satu opsyen atau pilihan kepada rakyat, bukannya kewajipan seperti pendidikan primer dan sekunder.
Hasil pendapatan dari Petronas tidak seharusnya dilaburkan sepenuhnya hanya untuk menampung sektor pendidikan tertiari. Malah, kita bimbang dengan hasrat pembangkang yang berjanji akan memansuhkan pelbagai lagi sumber kewangan negara seperti tol dan cukai. Jika ini cuma gula-gula politik, maka malanglah negara ini memiliki pembangkang seperti ini.
5 comments:
Nak tanyer sikit la...sy tertarik dgn petronas tu...siapakah yg berhak mengetahui@ yang layak melihat akaun keuntungan petronas?petronas juga tidak menguuummkn keuntungan syarikat beliaudi parlimen...dan kemana hala tuju duit petronas tu yer?
Nak tanyer sikit la...sy tertarik dgn petronas tu...siapakah yg berhak mengetahui@ yang layak melihat akaun keuntungan petronas?petronas juga tidak menguuummkn keuntungan syarikat beliaudi parlimen...dan kemana hala tuju duit petronas tu yer?
Salam
Excellent team, untuk pengetahuan anda, pertonas adalah satu syarikat yang di senaraikan dalam bursa a.k.a syarikat BERHAD. Untung rugi, perbelanjaan, perolehan syarikat tahun2 sebelum ada dlm prospektus syarikat yang dibentangkan pada AGM syarikat. Propektus ni boleh di semak/download/tengok/baca dlm website petronas sendiri. kasik explore skit internet ni ye. TQ
Yeke PETRONAS as whole? ke ada yg company2 under PETRONAS je? Ce check mula anonymous. Explore lebih skit je ek pasal menda ni. heeee
orang bengap je caye anwar 100 peratus...PAS pun masuk pakatan juz tuk kukuhkan kuasa politik diorang..
Post a Comment