16 April 2012, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan dengan sombongnya mendakwa PAS pakar demonstrasi di negara. Katanya lagi, PAS sangat berpengalaman dalam menganjurkan dan mengawal perhimpunan tanpa menyebabkan kacau-bilau.
Justeru Ketua DPP ini meletakkan objetiktif AMAN dalam BERSIH 3.0, malah memberikan jaminan penuh BERSIH 3.0 yang dikepalai oleh pendokong LGBT dan MURTAD di Malaysia iaitu Ambiga akan berjalan dengan aman kerana PAS sendiri akan turut serta.
28 April 2012, ketika BERSIH 3.0 dengan tema DUDUK BANTAH berlangsung di ibu negara, UNIT AMAL PAS yang dikoordinator sendiri oleh Nasruddin, telah melakukan rempuhan ganas terhadap pihak Polis yang berkawal di Dataran Merdeka. Lihat video di bawah sebagai bukti.
Sementara itu, dalam kenyataannya semalam, Pengerusi Bersama BERSIH, Ambiga secara terbuka menyalahkan UNIT AMAL PAS sebagai punca keganasan yang tercetus. Ambiga mahu selamatkan diri, jadi disalahkan UNIT AMAL PAS.
Sekarang, siapa yang dapat busuk? Nasruddin Hassan tentu sukar menerima kenyataan Ambiga ini. Tetapi sebagai Ketua, Nasruddin Hassan tidak boleh larikan diri lebih-lebih lagi dia seorang pemimpin parti Islam.
Yang selamat Ambiga dan Anwar Ibrahim juga. Memanda Menteri KDN, apa komen anda?
SB : Nampaknya usaha jihad Unit Amal PAS tak bernilai langsung pada Ambiga. Sampai bila lagi? Ustaz Nasharuddin Mat Isa sudah bagi amaran tapi kamu tak endahkan.
No comments:
Post a Comment