Dr. Uthman El-Muhammady (kiri) dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Siapakah mereka? |
Ketika ini sedang berlangsung wacana yang bertajuk "Kemungkaran LGBT Mengundang Bala Allah" bertempat di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Antarabangsa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Wacana anjuran Pertubuhan Permuafakatan Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ini menampilkan beberapa orang tokoh panelis seperti Prof. Dr Uthman El-Muhammady dari Institut Pemikir dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Ahli Parlimen PAS Bachok, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan wakil dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abdul Rahim Sinwan.
Wacana sebegini amat penting bagi meningkatkan kefahaman orang ramai tentang bahaya budaya seks songsang yang boleh merosakkan institusi kekeluargaan dan masyarakat serta negara keseluruhannya dalam jangka panjang.
Isu ini bukan sahaja menyentuh soal sosial, malah turut melibatkan kepentingan akidah umat Islam ketika dunia semakin diasak dengan fahaman liberalisme dan kebebasan hak asasi manusia yang kian melampau.
Justeru menjadi tanggungjawab kita sebagai mahasiswa untuk sama-sama membantu menyebarkan dakwah ini termasuk mendedahkan agen-agen parasitnya yang kini menumpang di sebalik parti-parti politik berpengaruh di negara kita. Sudah sampai masanya kita bertindak!
No comments:
Post a Comment