Mahasiswa kaki demo?? |
Awas polis-polis Malaysia yang akan bertugas mengawal keselamatan orang ramai dari gangguan demonstran esok di Dataran Merdeka.
Khabarnya demonstrasi esok akan mencetuskan gangguan dan provokasi melampau ke atas pihak keselamatan terutamanya FRU. Berdasarkan maklumat yang SB terima, perancangan sudah diatur supaya demonstrasi bertukar menjadi ganas.
Langkahnya mudah. Menurut sumber SB itu, sudah ada sekumpulan mahasiswa dan pemuda luar (bukan mahasiswa) yang diberikan tugas khas sebagai pencetus provokasi. Sekumpulan lagi ditugaskan bersedia dengan kamera, video camera dan pemerhati yang akan bertindak sebagai saksi kejadian.
Mangsanya bukan orang awam, tapi pihak polis. Mereka akan bertindak mengapi-apikan demonstran lain supaya memaki-hamun anggota polis yang berkawal sehingga tercetus pergeseran fizikal dan membawa kepada konflik.
Ketika inilah gambar-gambar dan video akan dirakam sebanyak mungkin untuk didedahkan kepada umum bagi menjana momentum menjelang BERSIH 3.0 pada 28 April kelak.
Jika ini benar-benar berlaku, maka benarlah apa yang SB dedahkan sebelum ini berkenaan modul khas demonstrasi |SINI|. Malang juga bagi pihak polis yang sentiasa menjadi mangsa.
Jadi bagi SB, lebih baik jika pihak polis tidak terbabit secara langsung dalam demonstrasi esok. Lebih baik lagi kalau tak payah kawal, tak payah tunjuk muka dan biarkan mereka melalak melolong sesama mereka. Biar rakyat lihat dan nilai sendiri.
Kita tak mahu lagi polis dikambinghitamkan seperti BERSIH 2.0 yang lalu. Yang buruk imej polis juga. Yang berpenat lelah berhujan embun polis juga. Fikir-fikirkanlah.
SB sayang PDRM!!!
Salah satu bentuk provokasi. |
Bersedialah cik/puan polis yang manis berhadapan gerombolan demonstran esok hehe.. |
Dalam hujan lebat, setia berbakti. |
Polis digambarkan sebagai ganas. Jika tiada provokasi, adakah polis akan bertindak? |
Peranan jurugambar ialah merakam setiap pergerakan yang berlaku sepanjang demonstrasi, dari setiap sudut dan detik. |
Adakah polis mengawal mereka atau keselamatan orang awam dan negara? |
5 comments:
Harap polis tidak tunduk kpd puak memporakperandakan masyarakat dan negara.bertindaklah polis yg sepatutnya mengikut undang2, yg penting masyarakat umum yg cintakan keamanan dan cintakan negara berpuas hati dgn polis.kumpulan kurang ajar tu memang patut diajar supaya dpt menjadi rakyat Malaysis yg sopan santun dan tidak lagi menyusahkan masyarakat majoriti.
Patutlah sejak beberapa tahun kebelakangan ni jenayah di lembah kelang meningkat sbb polis terpaksa memberi tumpuan kpd satu lagi kumpulan penjenayah yg suka membuat huruhara dijalanan.mengganggu org awam berurusan,menjejaskan pendapatan peniaga,merosakan harta benda awam,klu polis tak mahu kawal kumpulan penjenayah jalanan ni lagi lah teruk kerosakan awam akan belaku.saya dah nasihatkan kawan2 dan saudaramara supaya jgn joint 3.0 kerja gila dan tersangatlah bodoh tu.saya tak mahu jadi rakyat yg bodoh dan diperbodohkan.tak sanggup u......
Persoalannya, adakah pihak POLIS mempunyai pilihan lain? Malangnya xda... Samada dgn rela hati atau dipaksa, itulah tanggungjawab POLIS untuk menjaga ketenteraman awam sepertimana yg diperuntukkan dalam undang2.. Ramai yg pandang POLIS dr perspektif negatif, tp ketahuilah POLIS yg dihina itulah yg menjaga kita 24/7.. Kesian kt POLIS yg terpaksa tinggalkan anak bini keluarga demi org ramai w/pn x pernah dihargai...
Sebenarnya ramai lagi yg sokong tindakan polis keatas penjenayah jalanan ni.jadi polis jgnlah ragu2 utk menjalankan tugas,kerana kewibawaan dan kesetiaan polislah negara msia aman damai.klu polis mogok sukalah semua jenis penjenayah dpt rosakan negara dan masyarakat.
Kesian polis sering kali dihina,semasa mereka menjalankan tugas menjaga ketenteraman awak.mereka menjalankan fardu kifayah yg sgt dituntut oleh agama islam.bayangkan klu semua rakyat msia tak mahu jadi polis,org islam satu msia dapat dosa.klu tak sudi nak ucap terima kasi,jgn lah hina polis.jgn risau warga polis walaupun anda dihina ,dikeji oleh mereka yg bongkak tuhan tetap memberi pahala kpd anda.syabas.....
Post a Comment