Kalau mereka boleh, kenapa tidak kita? Kenapa tidak Adam Adli? |
PEMANSUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
TAHUKAH ANDA bahawa semua peminjam PTPTN layak untuk mendapatkan pemansuhan bayaran balik pinjaman sekiranya lulus dengan cemerlang dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf. Sehingga 31 Disember 2011, sejumlah 11,764 pelajar telah diberikan pengecualian bayaran balik pinjaman melibatkan jumlah pelupusan hutang sebanyak RM339.07 juta.
Dasar untuk memansuhkan hutang pinjaman PTPTN telah sedia dilaksanakan oleh kerajaan mulai tahun 2003 lagi melalui pendekatan pengecualian balik pinjaman tetapi terhad kepada pelajar cemerlang sahaja. Tiada had dan kuota untuk pemansuhan ini selama mana pelajar lulus dengan cemerlang dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf. Dasar pemansuhan ini diberhentikan sementara pada tahun 2005 atas faktor kekangan kewangan tetapi diadakan semula mulai 1 Januari 2010 atas keprihatinan kerajaan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar cemerlang dan komitmen kerajaan terhadap usaha melahirkan modal insan berilmu serta sebagai galakan kepada pelajar untuk cemerlang dalam pendidikan. Lantaran itu, idea pemansuhan bayaran balik pinjaman bukanlah satu idea baru tetapi sememangnya telah sedia menjadi dasar kerajaan.
1 comment:
Klu pinjam duit emakbapak pun wajib pulangkan nikan pula duit rakyat ( PTPTN) bukan berat pun nak bayar balik boleh ansuran.teruk dan bodoh betullah idea pembangkang,suka sgt nak merosak rakyat dan negara.klu nak menang pru 13 pun carilah idea yg memberi kemajuan dan pembangunan negara. Anak yg terlalu dimanjakan akan spoilkan anak itu dan akhirnya ibubapa yg bergolokbergadai hingga muflis atas kebodohan sendiri.negara akan jadi muflis klu pakatan rakyat memerintah sbb pemimpin mereka hanya boleh berfikir idea2 yg bodoh2 je.....e......teruknya itu pun ada yg nak sokong pr,saya tak mahu.....sbb mereka tu bodoh2 belaka,klu pasal berceramah dan berjanji kosong pandailah depa2 tu.
Post a Comment