Klik imej untuk paparan lebih jelas. Peruntukan untuk PTPTN sentiasa bertambah. Dah makan, tak kan susah nak bayar kot? |
Kalau anda rajin, sila tanyakan kepada rakan-rakan yang menuntut pendidikan tinggi percuma dan PTPTN ini dimansuhkan, apakah alasan utama mereka?
Rata-rata akan menjawab, untuk mengelakkan golongan muda berhutang sebaik saja keluar dari universiti. Pendidikan tinggi percuma pula, dakwa mereka, ialah hak rakyat yang harus dikembalikan oleh kerajaan yang memerintah.
Dua dalil ini sahaja yang digunapakai, tanpa sandaran kepada figure and facts yang jelas.
Mereka hanya memikirkan tentang hutang pengajian yang terpaksa ditanggung selepas graduasi tetapi tidak sentuh langsung tentang implikasi-implikasi lain khususnya dalam jangka panjang.
Adakah mereka lupa akan sifat fundamental PTPTN sebagai sebuah perbadanan yang menyediakan pinjaman terbuka kepada pemohon, bukannya paksaan?
Pendidikan tinggi merupakan satu aktiviti pelaburan terhadap masa depan kita sendiri. Maka adalah wajar bagi kita melabur (walaupun kini tidak secara seratus peratus, kerana subsidi kerajaan) untuk masa depan sendiri.
Jika ini tidak berlaku maka bererti rakyat akan menampung kos pembelajaran kita. Ini merupakan satu bentuk pembiayaan rakyat yang tidak memberi manfaat secara lansung kepada kesemua pembayar cukai, kecuali hanya kepada mereka yang melanjutkan pengajian hingga ke peringkat universiti sahaja.
Justeru wajarkah kita mensia-siakan ‘bantuan’ ini sedangkan tidak semua pembayar cukai atau keluarga mereka menikmati hasil yang sama?
Klik imej untuk paparan yang lebih jelas. Kadar deposit yang dimasukkan ke dalam akaun pelajar mengikut bidang pengajian. |
Sedar atau tidak, muka-muka yang begitu keras mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN ini sebenarnya terdiri daripada golongan mahasiswa yang bermasalah dalam pengajian mereka seperti Adam Adli, Syukri Razab dan Syazni Munir? Muka-muka inilah yang cuba lari dari hutang!
Dasar terkini PTPTN iala memberi ‘hadiah’ kepada mahasiswa yang cemerlang yang mendapat CGPA 3.5 dan ke atas iaitu pertukaran status daripada pinjaman kepada biasiswa penuh. Jadi patutlah puak-puak ni nak sangat supaya PTPTN dimansuhkan terus. Pertama, sebab hasad dengki dan iri hati. Kedua, sebab malas belajar!!!
1 comment:
memangla SMM nak bantah PTPTN sebab pemimpin mereka dapat biasiswa JPA dan tak bekerja..makan minum org lain support..habis kalau x ambik PTPTN takkan nak suh abah aku jual tanah kat kg..bengong nyer SMM blah laaa..apa celop tok..
Post a Comment