500,000?? Hanya dalam fantasi A. Samad Said sahaja. |
Dalam perhimpunan DUDUK BANTAH petang tadi, berlaku beberapa perkara yang tidak dirancang oleh pihak penganjur termasuk Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S. Ambiga dan A. Samad Said.
Menurut maklumat yang diterima, Ambiga terpaksa mengarahkan himpunan dihentikan lebih awal iaitu kira-kira jam 3.oo petang selepas keadaan menjadi semakin tidak terkawal.
Ia sama sekali berbeza dengan perancangan asal pihak penganjur yang mahu mengadakan himpunan DUDUK BANTAH secara aman.
Selain itu, Ambiga juga kesal kerana sasaran 500,000 orang peserta seperti yang dikhayalkan oleh A. Samad Said, tidak menjadi kenyataan. Secara keseluruhan hingga demonstrasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 6.00 petang tadi, hanya sekitar 20 ribu hingga 25 ribu saja peserta turun. Angka tersebut jauh lebih kecil daripada BERSIH 2.0 pada tahun lepas.
Ambiga juga dilaporkan kesal kerana campurtangan keterlaluan daripada parti-parti politik pembangkang dalam himpunan DUDUK BANTAH kali ini.
No comments:
Post a Comment