Siapa mereka ini? Mahasiswa? |
Siapa di sini berani menafikan bahawa PMI dan GAMIS, dua entiti berasaskan Islam peringkat mahasiswa mengamalkan budaya Khawarij dalam perjuangan mereka? Lebih dahsyat, mereka bersekongkol pula dengan manusia yang mencelakakan dan mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad SAW.
Bukti paling jelas lagi nyata PMI dan GAMIS mengambil metod Khawarij boleh dilihat dapat peristiwa demonstrasi paling celaka dalam sejarah mahasiswa Malaysia abad ini iaitu demonstrasi anti-PTPTN, tanggal 14 April yang lalu di Datara Merdeka.
Dalam demo tersebut, mereka bukan sahaja mengkafirkan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi yang kedua-duanya beragama Islam, bahkan ‘mengebumikan’ kedua-dua pemimpin negara itu mengikut adat dan budaya agama Hindu. |SINI|
Potret pemimpin negara disemadikan mengikut adat Hindu. Masih tidak berdosa? |
Walaupun ia dianggap sebagai simbolisme semata-mata oleh mereka, tetapi atas sebab apa ia diharuskan? Hukum apa yang digunakan untuk menghalalkan niat simbolisme tersebut?
Amat memalukan apabila mahasiswa-mahasiswi yang mengaku siang dan malam memperjuangkan Islam terlibat dalam perlakuan yang maha menyimpang dari akidah sedemikian rupa. Hingga ke saat ini mereka belum memohon maaf, bahkan begitu ego dan sombong untuk mengakui keterlanjuran yang dilakukan.
Bukan itu sahaja, mereka ini juga turut bersekongkol dengan mahasiswa yang mengaku Syiah. Syiah bukan satu mazhab dalam Islam, sebaliknya ia jelas dan nyata, satu kepercayaan baru yang diada-adakan untuk menafikan kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Inilah Khalid Ismat, mahasiswa tahun satu UiTM yang mengkafirkan Perdana Menteri dan menggelarnya sebagai mendiang. |
Siapa mahasiswa Syiah itu? Ia tidak lain tidak bukan, Khalid Ismath! Tapi atas nama matlamat, Si Syiah muda ini diterima sebagai ahli jemaah dalam perjuangan mereka. Metod siapa ini? Tak lain dan tak bukan, metod Ikhwanul Muslimin yang Muflisin! |SINI|
Maka wajar dan amat perlu untuk kita tolak perjuangan mereka. Atas nama akidah, jalan mereka jelas salah. Mereka bersatu atas dasar semangat, boleh dipimpin oleh orang yang jahil dan rosak akidahnya selagi mana matlamat perjuangannya sama. Nauzubillah minzalik!
Berkhemah di tepi jalan. Apa pesan Nabi Muhammad tentang hukum duduk- duduk di tepi jalan? Siapa lebih tinggi? Nabi Muhammad atau pemimpin pembangkang? |
Bercampur aduk Islam dan Sosialis. Dihalalkan? |
Ini pesan Nabi, tapi dianggap tak penting bagi kumpulan mahasiswa ini. |
No comments:
Post a Comment