Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Hindarilah dari duduk di tepi-tepi jalan. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Kami tidak boleh menghindarinya kerana kami duduk berbincang-bincang di sana iaitu di tepi jalan. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya kamu ingin duduk juga, maka berikanlah pada jalan itu haknya. Para sahabat bertanya: Apakah haknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Mencegah dari melihat sesuatu yang dilarang, menghindarkan perkara-perkara yang merugikan, menjawab salam serta membuat perkara yang baik dan mencegah perbuatan mungkar.
Sahih Muslim
Jika Nabi Muhammad sendiri menegah para sahabat daripada duduk berbincang di tepi jalan, bagaimana pula mahasiswa-mahasiswi dalam rakaman video di bawah? Mereka bukan sahaja mengganggu pengguna jalan raya, bahkan menafikan terus hak orang ramai untuk menggunakan jalan raya dengan selesa.
Adakah mereka ini lebih besar daripada para sahabat? Adakah pemimpin-pemimpin mereka lebih besar daripada Rasulullah SAW?
Bayangkan jika anda berada di dalam salah sebuah kereta sewaktu demonstrasi tersebut, anda ingin cepat dan perlu selesaikan urusan yang mustahak, tiba-tiba jalan anda dihalang oleh tindakan mahasiswa seperti dalam video di bawah. Apa perasaan anda?
TOLAK MAHASISWA PRO-PEMBANGKANG! JANGAN BIARKAN MEREKA MELAMPAUI BATAS LAGI!!
No comments:
Post a Comment