Ada apa dengan video ini? Ramai yang melatah bila SB muatnaik video pendek ini di saluran Suara Baru di YouTube. Ramai yang marah dan menghantar pelbagai kecaman peribadi ke petimasuk SB baik di YouTube mahupun di Facebook.
Baik. Sama ada anda faham atau tidak, video ini bukti betapa murahnya nilai akidah Islamiah bagi puak-puak mahasiswa yang makin masuk air ni. Bagi mereka, matlamat lebih utama. Kekuatan dan jumlah ahli lebih penting. Latar belakang akidah dan kepercayaan bahkan amalan dalam ibadat tak penting langsung bagi mereka.
Buktinya, Syahid Zaini, Pengerusi Malaysia Bangkit tanpa rasa bersalah memperlihatkan kesombongannya apabila mengatakan tindakan mengusung dan meraikan potret DS Najib dan DS Khaled Nordin mengikut adat kematian masyarakat Hindu sebagai satu simbolik semata-mata, tiada yang salah.
Justeru apa nak hairan kalau video di atas ini turut dipandang sepi? Syahid Zaini, Safwan Anang, Shazni Munir dan Akram Ikrami, semuanya dari Persatuan Mahasiswa Islam dan Gamis, tapi apa peranan mereka dalam membetulkan akidah dan ibadat seorang budak Cina yang katanya baru masuk Islam ni?
Soalnya benarkah budak Cina ini muallaf seperti yang didakwa? Seorang kenalan di Utara mengakui budak Cina ini ialah mahasiswa dari USM. Kelibatnya biasa dilihat di Masjid Al-Malik Khalid. Justeru kalau benar dia muallaf, kenapa soal asas dalam ibadat solat pun cacamerba lagi?
Setelah diperhatikan, maka benarlah, kumpulan mahasiswa Islam seperti PMI di negara ini terlalu taksub dengan fikrah politik mengikut jalan Hassan Al-Banna yang mementingkan kekuatan jemaah yang dijana melalui jumlah ahli yang ramai tapi tidak menitikberatkan soal kualiti jemaah itu.
Menerusi fikrah ini, jemaah yang besar mampu mencapai matlamat dengan lebih mudah meskipun bertentangan dengan jalan sunnah yang sebenar. Rasulullah SAW mementingkan kualiti jemaah terlebih dahulu melalui proses tarbiyah yang berterusan. Lantaran itulah jemaah Islam pada zaman Baginda amat berkualiti termasuk pada zaman-zaman pemerintahan para Sahabat.
Hal ini tidak berlaku lagi pada kebanyakan jemaah Islam pada hari ini terutamanya yang cuba mengambil jalan politik seperti PAS dan PMI dalam merealisasikan matlamat mereka. Mereka mengumpul ahli terlebih dahulu dan dalam proses itu, sesiapa saja boleh diterima asalkan mempunyai semangat dan fikrah yang sama.
Jadi tidak hairanlah jika persoalan akidah sebegini dipandang rendah kerana bagi mereka, matlamat atau objektif perjuangan mengatasi segala persoalan lain. Kalau tak percaya, lihatlah gelagat mereka yang boleh ditonton dalam video-video lain di saluran Suara Baru.
No comments:
Post a Comment