KOMPONEN SARA HIDUP DALAM PINJAMAN PTPTN
TAHUKAH ANDA bahawa hanya 15% hingga 30% sahaja dari jumlah pinjaman PTPTN digunakan oleh pelajar IPTA untuk membayar yuran pengajian mereka. Manakala baki 70% hingga 85% lagi digunakan untuk tujuan perbelanjaan harian dan sara hidup pelajar. Dalam erti kata lain, komponen sara hidup merupakan komponen terbesar dalam pinjaman PTPTN yang secara tidak langsung meringankan beban kewangan pelajar.
Tanpa PTPTN, pelajar khususnya yang datang dari luar bandar dan berpendapatan sederhana perlu mencari alternatif lain untuk menyara kehidupan sebagai seorang pelajar. Dalam konteks hari ini, tiada bank yang menyediakan pinjaman pendidikan dan sekiranya ada sekalipun, ianya adalah dalam bentuk pinjaman peribadi yang memerlukan jaminan atau cagaran. PTPTN telah memberikan peluang dan ruang kepada pelajar ini untuk merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment