Baru faham.. Beginilah caranya mereka akan tampung kos pengajian tinggi kelak. |
Jika mengikut segala perancangan yang diatur, maka bolehlah calon-calon SPM di luar sana khususnya daripada keluarga miskin dan kurang berada menghentikan segala angan-angan dan cita-cita melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Kerajaan baru kelak yang bakal diterajui Pakatan Rakyat dalam kenyataan yang disiarkan oleh Harakahdaily awal-awal lagi menghantar signal ini. Lebih separuh daripada bilangan pelajar yang dihantar ke luar negara akan dikurangkan setiap tahun bagi menampung kos pengajian dalam usaha menyediakan pendidikan tertiari percuma.
Lihatlah bagaimana mereka merancang pembangunan negara. Kerajaan hari ini merancang ke arah kemajuan, namun perancangan Pakatan Rakyat nampaknya ke arah kemunduran. Nak kata apa lagi?
Yang bakal mundur nanti siapa? Sedang anak-anak Cina dan India bertungkus lumus merebut peluang mendapatkan pendidikan yang lebih berkualiti, anak-anak Melayu pula sekadar merebut barang percuma.
No comments:
Post a Comment