Sumber SB di USM tidak meletakkan
harapan tinggi kepada calon-calon Aspirasi Mahasiswa dalam pilihan raya kampus
kali ini.
Meskipun hari penamaan calon
hanya bermula esok (21hb September), namun desas-desus kuat mengatakan ‘lebih
ramai’ calon akan menyertai pemilihan pada 25 September ini berbanding
kebiasaan.
Jika sebelum ini melibatkan
persaingan dengan calon-calon propembangkang yang dikenali sebagai
Pro-Mahasiswa, kali ini turut menyaksikan penyertaan lebih besar ialah daripada
calon-calon bebas.
Situasi ini dikatakan tidak memberi kelebihan kepada calon-calon yang membawa hasrat dan aspirasi mahasiswa yang pro kepada universiti kerana bakal membuka ruang persaingan yang lebih sengit pada hari pengundian kelak.
Calon-calon bebas yang disifatkan
sebagai pengacau ini hanya akan memecahkan undi kerana mereka dikatakan tidak
mempunyai agenda yang jelas serta tidak mempunyai pengaruh yang besar dalam
kalangan pelajar berbanding calon-calon Aspirasi Mahasiswa dan Pro-Mahasiswa.
Jika situasi ini berterusan pada
hari penamaan, peluang calon-calon Aspirasi Mahasiswa untuk menang dilihat
setara dengan calon-calon Pro-Mahasiswa. Ini kerana, kedua-dua pihak memerlukan
undi daripada pengundi-pengundi atas pagar yang mengundi berdasarkan sentimen
peribadi, bukannya bersandarkan sentimen ideologi seperti penyokong-penyokong
tegar yang lain.
Dengan penyertaan calon-calon
bebas dalam PRK kali ini, ia bermakna pola pengundian akan berubah sekaligus
merencatkan peratus peluang kemenangan setiap calon yang bertanding.
Apa yang menjadi persoalan ketika
ini ialah sejauh mana kesungguhan calon-calon bebas menyertai pemilihan MPP
USM? Adakah mereka hanya mahu meraikan demokrasi atau benar-benar ingin membawa
perubahan seperti yang didakwa?
Diharapkan para pelajar USM bijak
membuat pilihan. Kenali calon yang bertanding dan pilihlah yang boleh membawa
kebaikan kepada mahasiswa dan universiti sekaligus. Jika dilihat pada rekod,
tiada sebab kenapa calon-calon Aspirasi Mahasiswa USM perlu ditolak. MPP yang
dikuasai pemimpin-pemimpin Aspirasi selama ini telah banyak menyumbang kepada
pembangunan fizikal, rohani dan jasmani para pelajar di USM.
No comments:
Post a Comment