Gambar-gambar di atas menjerumuskan kita kepada satu kesimpulan. Pro-Mahasiswa Nasional adalah pembohong yang tak pernah insaf! Mereka juga sebenarnya sangat bodoh ketika berbohong.
Kenapa SB simpulkan begitu?
Lihat semula rentetan perjuangan politik kampus mereka. Sejak penghujung tahun lepas lagi ketika mereka tampil dengan usul tuntutan pilihan raya kampus yang adil dan bersih, mereka KONONNYA memperjuangkan pilihan raya yang bebas pengaruh politik luar.
Baru-baru ini ketika mereka mengemukakan 6 Tuntutan BERSIH Kampus bersama 3 resolusi baru kepada Menteri Pengajian Tinggi, sekali lagi mereka membuat gesaan yang sama. Pilihan raya kampus yang bebas daripada pengaruh politik luar.
Tetapi adakah mereka sendiri benar-benar bebas?
Ketika Demonstrasi Batu Nesan di perkarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi pada awal tahun yang lalu, ia turut disertai pemimpin-pemimpin Angkatan Muda Keadilan Pusat termasuk Saudara Nazree Yunus dari AMK Negeri Sembilan.
Ketika Demonstrasi Liar Anti PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka, ia turut disokong dan disertai kepimpinan tertinggi PKR, PAS dan DAP. Antara yang hadir termasuklah Nurul Izzah, Tian Chua, R. Sivarasa, Hishamuddin Rais dan ramai lagi.
Dan terbaru, ketika demonstrasi BERSIH KAMPUS 16 September 2012 di hadapan bangunan SOGO, Kuala Lumpur dan sekitar Dataran Merdeka, ia turut disertai beberapa orang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK). Antara yang dikesan berada di lokasi demonstrasi ialah Saifullah Zulkifli, Pengarah Biro Mahasiswa AMK Pusat seperti yang tertera dalam gambar di atas.
Malah, individu yang sama turut dikesan berada di lokasi demonstrasi Anti PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka.
Adakah perkara ini berlaku secara kebetulan? Tidakkah ini sudah cukup membuktikan bahawa Pro-Mahasiswa Nasional sedang berbohong kepada seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia?
Atau nak bukti yang lebih panas? Tunggu kerana SB dan Blogger Kapak ada bukti mesyuarat sulit Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli bersama pemimpin-pemimpin Pro-Mahasiswa Nasional termasuk bekas pengerusinya, Safwan Anang. Gambar dan video sekali gus!
Oh ya, katanya Safwan Anang punya isteri yang tak direstui ibu bapanya sendiri. Si Masturah Mangsa Culik Rela itu ya? Tunggu..
No comments:
Post a Comment