Menjelang pilihan raya kampus yang akan berlangsung pada minggu ini dan minggu hadapan, beberapa universiti telah mula menjual borang-borang pencalonan kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai pemilihan kali ini.
Turut tidak ketinggalan menjalankan pilihan raya kampus ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), iaitu antara universiti muda di negara ini.
Berdasarkan maklumat yang dikemaskini pada petang tadi, sebanyak 25 orang telah mendaftar sebagai calon bagi merebut kerusi di konstituensi umum dan fakulti. Ia disahkan oleh Pegawai HEP USIM, En. Mohd Hazrul Fareeza Harun seperti yang disiarkan di portal USIM DI HATIKU. Klik SINI.
Calon dan penyokong yang hadir semasa sesi pendaftaran sebentar tadi. |
Sementara itu, hari penamaan calon di USIM dijangkakan berlangsung pada hari Jumaat, 21hb September 2012 ini manakala hari pembuangan undi dijadualkan pada 25hb September.
Dalam perkembangan berasingan, di UTHM, sekurang-kurangnya 12 nama yang dihantar untuk menjadi calon telah dikeluarkan daripada senarai kerana melanggar peraturan tatatertib pemilihan universiti berkenaan. Klik SINI.
Keputusan ini dijangka akan menghangatkan lagi kempen Pro-Mahasiswa di UTHM kerana 11 orang daripada nama yang dikeluarkan itu ialah wakil mereka.
Beberapa blog dan portal Pro-M turut menyiarkan berita ini dengan menuduh ia sebagai konspirasi pihak pentadbiran untuk menyingkirkan calon Pro-M daripada bertanding.
No comments:
Post a Comment