Berikut merupakan rakaman berita pendedahan taktik jahat kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang dipercayai didalangi pihak pembangkang dalam usaha mereka mengaitkan Perdana Menteri, DS Najib Tun Abd Razak dengan konspirasi Ops 2020.
Selepas berjaya mencipta persepsi negatif terhadap Perdana Menteri sebelum ini melalui pendedahan minit mesyuarat yang didakwa sebagai perancangan UMNO-KPT-BTN dalam menguasai pilihan raya kampus di kesemua kampus IPTA di negara, kini mereka terdesak untuk menampilkan 'bukti' yang lebih kukuh termasuk mencipta surat palsu dengan menggunakan nama Perdana Menteri.
Klik SINI untuk mengikuti laporan awal berkenaan isu ini.
SB dengan bantuan rakan-rakan akan mendedahkan lebih banyak pelan taktikal kumpulan mahasiswa pro-pembangkang ini dalam masa terdekat.
Surat palsu ini hanya sebahagian daripada strategi jangka masa singkat mereka. Terdapat lebih banyak perancangan yang telah diatur sebenarnya dan bagi kumpulan ini, fitnah adalah halal demi harakah perjuangan yang dibawa. Nauzubillah.
1 comment:
Salam Bro... aku ada satu permintaan. Boleh tak buat satu post pasal OPS 2020 ni... serius tak faham apa bendanya OPS 2020 ni... Lagi cepat, lagi bagus. Pilihan raya dah nak dekat dah... Masih ada satu soalan- siapa sebenarnya di sebalik OPS 2020 ni? Mohon dibalas. :D
Post a Comment