Adakah benar apa yang SB dengar ini? Khabarnya, pengaruh Adam Adli dalam kalangan pemimpin PKR terutamanya si Ketua Umum, semakin pudar.
Kemunculan hero punggung ternyata menggembirakan Anwar Ibrahim dan membuatkan Ketua Pembangkang itu senyum puas.
Masakan tidak, jika Adam hanya mampu menggertak Perdana Menteri dengan menurunkan bendera yang tertera wajah pemimpin negara itu, hero punggung sebaliknya lebih berani kerana terus melondehkan seluar dan menayangkan kegebuan punggungnya terhadap potret DS Najib!
Thinkers yang beroperasi di ibu pejabat PKR di Tropicanna Damansara tahu inilah yang dimahukan oleh ketua mereka.
Habislah Adam Adli. Sudahlah pengajiannya terbantut gara-gara digantung selama tiga semester, kini masa depannya bersama PKR pula kian kelam.
Adam perlu lakukan sesuatu yang lebih hebat, barulah Anwar akan senyum lebih puas!
No comments:
Post a Comment