Video ulangtayang di bawah barangkali merupakan antara karya masterpiece dari Pro-M Universiti Malaya. Biadap. Kurang ajar. Angkuh. Melampau. Itu semua adalah cerminan sikap 'terpuji' yang sebati dengan kumpulan mahasiswa pro-pembangkang ini. Saksikan..
Mereka jadi begini kerana terlalu kemaruk akan kuasa. Mereka melampau dan angkuh kerana fikir hanya mereka yang betul dan layak diiktiraf. Anarkisme, keganasan, tiada rasa hormat pada manusia dan peraturan pula antara sifat semula jadi yang ada pada ahli kumpulan ini.
Sanggup anda jadi sebahagian daripada mereka? Sanggup anda beri undi pada kumpulan mahasiswa bertopengkan akhlak buruk begini?
Ketayap putih dan tudung labuh hanya pakaian tapi akhlak mereka jelas sekali jelek dan jijik.
Kenapa mereka jadi begini? Siapa yang ajar mereka? Pensyarah di bilik kuliah? Atau pak-pak ustaz di masjid universiti yang mengajar soal akhlak dan ibadah?
Tidak. Mereka jadi begini kerana taksub! Hari ini, Anwar Ibrahim digelar pengamal budaya politik anarkisme. Siapa Anwar Ibrahim? Satu dunia kenal dia tetapi dalam pelbagai versi. Bagi mereka, versi Anwar yang dikenali ialah tokoh perubahan, cocok dengan agenda perubahan yang dilaung-laungkan setiap kali tiba musim pilihan raya kampus (PRK). Tetapi bagi kita, versi lain Anwar ialah penggalak rusuhan, demonstrasi dan sikap kurang ajar rakyat di negara ini.
Anwar juga terkenal kerana membawa budaya begini ketika bergelar mahasiswa di Universiti Malaya lama dahulu. Jadi anehkah kalau Pro-M UM juga bersikap biadap begini? Tiada yang aneh kerana mereka ialah pentaksub sejati Anwar Bin Ibrahim!
1 comment:
Aku takut satu ari nnt muka2 bangsat nih nak jadik pemimpin negara yg nak membimbing anak2 aku....selisih kan lah malaikat ... Tolong la...ini bukan pemimpin yang di carik... Aku tak leh blah kalau nanti bile jadik pemimpin telolong tepekik mcm org histeria... Nak telolong tepekik nih tuh...pi masuk utan tuh kat sepilok...ramai lagi yg ko bole pimpin org utan kat sana.... Kalau ikut akal kita yg waras, diorg ni sumer kalau org tak setuju ngan dier apa akan jadik? Mau dilolong nye kat corong telinga ko sampai pekak....bodoh sanggup diri kena kuda
Post a Comment