DIPERTANDINGKAN : 620 KERUSI
Inilah rekod kejayaan besar Aspirasi Mahasiswa dalam
sesi Pemilihan MPP/MPM Sidang Akademik 2012/2013 di seluruh negara. Kecuali UM
dan UKM, Aspirasi menguasai kesemua kampus – suatu pencapaian yang amat luar
biasa di sebalik pelbagai asakan kumpulan mahasiswa propembangkang yang bertanding
atas nama Pro-Mahasiswa.
Adakah ia petanda jelas kebangkitan Aspirasi? Mengarut!
Aspirasi, dengan berkat usaha dan bantuan daripada Allah SWT, belum jatuh. Yang
sedang jatuh ialah Pro-Mahasiswa. Saban tahun Aspirasi Mahasiswa mencatatkan
kejayaan demi kejayaan dan saban tahun itulah, Pro-Mahasiswa terus merudum.
Petandanya jelas, bahawa Pro-Mahasiswa sudah tidak
relevan. Budaya politik yang cuba diketengahkan dalam kalangan mahasiswa di negara
ini yang diambil secara langsung daripada budaya berpolitik mahasiswa di
Indonesia seperti demonstrasi jalanan, anarkisme, antiestablisment dan
sebagainya, ditolak oleh majoriti mahasiswa kita.
Walaupun hasrat dan matlamat mereka baik, namun
kaedah yang digunakan tidak menggambarkan kemampuan sebenar golongan
intelektual kampus di sini yang sepatutnya boleh bertindak lebih baik seperti
yang dianjurkan oleh kumpulan Aspirasi Mahasiswa.
Aspirasi Mahasiswa tidak menolak budaya berhimpun
untuk menyatakan suara, pendapat, sokongan atau bantahan. Tetapi konsep yang
dipraktikkan selalunya lebih baik seperti baru-baru ini, Gabungan Siswa Merdeka
menganjurkan Perhimpunan Suara Merdeka Siswa.
Perhimpunan ini adalah manifestasi jelas perjuangan
rasional, toleransi dan realistik kumpulan Aspirasi Mahasiswa yang cintakan
keamanan. Ia kontradiks sama sekali jika dibandingkan dengan Himpunan Bersih Kampus
dan demonstrasi malam merdeka baru-baru ini yang dianjurkan Pakatan Rakyat dan
disokong Pro-Mahasiswa Nasional.
Itu cuma dua contoh mudah. Kalau ditelusuri kembali
rekod kebiadapan Pro-Mahasiswa sejak penghujung tahun lalu hingga ke hari ini,
sudah cukup untuk kita membuat kesimpulan bahawa Pro-Mahasiswa bukanlah gerakan
yang ideal untuk jagat siswa di Malaysia.
Mereka berhimpun di hadapan bangunan Kementerian
Pengajian Tinggi untuk menyerahkan memorandum dan batu nesan kepada Menteri
Pengajian Tingggi, Dato’ Seri Khalid Nordin. Mereka juga berdemonstrasi dengan
liar dan ghairah ketika menuntut pemansuhan PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran
Merdeka.
Dalam demonstrasi tersebut juga mereka telah
menunjukkan sikap rendah kualiti sebagai golongan terdidik sahsiah diri apabila
memaki hamun dan menggelarkan dengan pelbagai gelaran terhadap pemimpin negara.
Masih terngiang-ngiang di telinga kita gelaran seperti ‘mendiang’, ‘jahanam’, ‘celaka’.
‘puaka’ dan pelbagai lagi cacian yang hina diberikan kepada Dato’ Seri Mohd
Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Adakah ini suara dan manifestasi
jiwa merdeka mahasiswa kita?
Belum cukup di situ, kumpulan Pro-Mahasiswa juga
turut terlibat secara langsung dalam Rusuhan 28 April BERSIH 3.0, malah menjadi
front dalam demonstrasi paling celaka dalam sejarah baru negara kita itu.
Adakah golongan sebegini yang kita perlukan sebagai
pemimpin mahasiswa?
Jawapannya sudah kita perolehi. 534 kerusi yang
dimenangi oleh Aspirasi Mahasiswa di seluruh negara itu adalah bukti jelas
bahawa majoriti mahasiswa sedang bersolidariti mencintai keamanan dan menolak
budaya politik jahiliah yang dibawa oleh Pro-Mahasiswa!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Alhamdulillah. Kami berterima kasih kepadaMu Ya
Allah kerana menyelamatkan kami semua daripada pemimpin-pemimpin rosak akhlak
dalam kalangan Pro-Mahasiswa.
Kejayaan besar Aspirasi Mahasiswa kali ini wajar
diraikan. Bukan bermakna kita sudah selesa, tetapi ia adalah sesuatu yang manis
kerana kita telah berjaya merempuh halangan besar kebobrokan politik gerombolan
anarkis Pro-Mahasiswa hampir di kesemua kampus termasuk di Universiti Malaya.
Walaupun Aspirasi Mahasiswa Universiti Malaya yang
lebih dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa belum Berjaya membentuk MPM, tetapi
usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan hingga menafikan majoriti mudah
Pro-Mahasiswa di sana amat membanggakan kita semua.
Semua tahu hakikat ini, bahawa Pro-Mahasiswa di Universiti
Malaya amat kebal dan ampuh tetapi bagi pejuang-pejuang aspirasi di sana, tiada
yang mustahil. Solidariti sebenar telah ditunjukkan oleh para Penggerak dan
kita akhirnya menempa kejayaan paling berharga ini. Menang 19 kerusi ketika
Pro-Mahasiswa cuma mampu meraih 20 kerusi sahaja, menjadikan Penggerak UM lebih
bersedia mengambil alih MPM pada PRK akan datang.
Apa-apa pun, perjuangan ini belum selesai dan tidak
akan pernah selesai selagi Pro-Mahasiswa terus wujud. Kita tidak mengharapkan
mereka segera ditalkinkan, tetapi kita amat berharap kebiadapan mereka itu
dikuburkan dan digantikan dengan persalinan baru yang lebih ideal. Kita amat
menantikan lawan yang benar-benar berkualiti, bukan lawan yang boleh dipungut
di jalanan.
No comments:
Post a Comment