Tun Dr. Mahathir dijadualkan akan bertemu dengan pelajar-pelajar baharu Universiti Malaya pada petang ini dalam satu perjumpaan khas yang telah diatur sempena Minggu Haluan Siswa Sidang 2012/2013.
Kehadiran Negarawan Ulung itu dijangka akan membangkitkan semangat bukan sahaja kepada para pelajar baharu tetapi seluruh warga kampus yang sudah pun tiba sejak petang semalam.
Menurut maklumat yang diterima, pihak universiti juga akan menyiarkan sesi bersama bekas Perdana Menteri itu secara langsung melalui aplikasi livestreaming ke seluruh kampus Universiti Malaya.
Dalam pada itu, pihak penganjur tidak menolak kemungkinan akan berlaku 'gangguan' melibatkan kumpulan Pro-M Universiti Malaya serta pihak luar yang telah menyusup masuk ke dalam kampus sejak beberapa hari lepas.
Ia dibuktikan lagi dengan ugutan kononnya kumpulan berkenaan akan melancarkan 'serangan' ketika sesi ucaptama oleh Tun berlangsung.
Walau bagaimanapun, bentuk 'serangan' yang digembar-gemburkan oleh kumpulan aktivis mahasiswa pro-pembangkang itu sendiri masih belum dikenalpasti.
Berdasarkan jaminan yang diberikan oleh pihak keselamatan, perkembangan ini akan dipantau rapi supaya tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
1 comment:
Mahathir dah bekerja bangunkan Malaysia. Mahasiswa kabaret tu dah sumbangkan apa? Tepuk kepala tanya otak, ada ka takdak dlm tempurung kepala tu...
Post a Comment