Tak putus-putus komen dan emel
dikirim ke inbox SB susulan pendedahan Konspirasi Bersih Kampus. Ada yang
menuduh SB sengaja mereka-reka cerita. Ada juga yang mencela SB kononnya
terdesak menutup lubang busuk yang ditinggalkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung
isu Konspirasi Ops 2020.
SB tak gentar. Demi mahasiswa dan
mahasiswi seluruh Malaysia, demi kebenaran dan demi perjuangan yang SB pikul
ini, SB akan terus membongkar isu ini. Terlalu banyak kepincangan berlaku dalam
kumpulan mahasiswa propembangkang (Pro-Mahasiswa) baik di peringkat Nasional
mahupun di kampus-kampus.
SB juga teruk dikecam selepas
membongkar perpecahan yang sedang berlaku dalam gerakan Pro-M di Universiti
Sains Malayasia (USM). Kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa
Islam (PMI) , Saudari Ummul Aiman Hj. Abd Sani yang disiarkan di blog ini
semalam, klik SINI telah diputarbelitkan semula.
PMI cuba menafikan perkara
tersebut (perpecahan) sebaliknya menyokong kenyataan Saudari Ummul Aiman
meskipun sudah diketahui umum bahawa Pro-M di mana-mana universiti pun
ditunjangi oleh Persatuan Mahasiswa Islam.
Bagi SB, ini satu strategi
terdesak PMI untuk mengaburi mata para pengundi terutamanya pelajar-pelajar
Tahun 1 dan 2. Bukan hanya di USM, di universiti-universiti lain juga
menyaksikan hal yang sama turut berlaku termasuk di UKM, UPM dan UM.
Situasi ini berlaku kerana PMI
telah diarahkan oleh GAMIS iaitu gabungan induk bagi kesemua PMI dan lain-lain
persatuan mahasiswa seumpanya di seluruh IPT supaya bergerak atas platform
sendiri. Sementara platform Pro-Mahasiswa pula akan digunakan ketika berkempen
dalam pilihan raya kampus sahaja. Klik SINI.
Justeru ramai yang terkejut
dengan perkembangan muktahir ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini,
kepimpinan PMI di semua kampus terlalu mengagungkan Pro-M dan mahu dikenali
sebagai penggerak utama Pro-M, berbanding sekarang yang mahu dilihat
berkecuali.
Analisa SB mudah. Situasi ini
berlaku kerana pimpinan PMI sekarang sudah rimas dengan gelagat keterlaluan
Pro-M di peringkat nasional yang lebih gemar berpolitik secara keterlaluan.
Antara puncanya termasuklah Demonstrasi Liar Anti-PTPTN pada 14 April 2012 dan
penglibatan langsung dalam Rusuhan 28 April BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.
Namun begitu, walau apa pun
tindakan yang diambil, Persatuan Mahasiswa Islam baik di USM mahupun di
kampus-kampus lain tetap tidak dapat melarikan diri daripada imej dan nama
buruk Pro-Mahasiswa.
Pro-Mahasiswa juga sudah sinonim
dengan label kumpulan mahasiswa propembangkang, kumpulan mahasiswa kaki
demonstrasi dan kumpulan mahasiswa anti-establishment
di seluruh IPT di negara kita. Terima sahaja hakikat ini! Anda boleh menipu
atas nama harakah perjuangan tetapi kebenaran tidak boleh disembunyikan
daripada haknya.
No comments:
Post a Comment