Keghairahan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (Pro-M UM) untuk menawan pilihan raya kampus nampaknya semakin menjadi-jadi.
Sebentar tadi para penggerak Pro-M UM telah melancarkan demonstrasi dan menyerang Program Jelajah Kampus Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar di Kolej 1, Universiti Malaya semata-mata mahu menujukkan kekuatan dan pengaruh mereka.
Sekumpulan aktivis Pro-Mahasiswa UM menyerang roadshow TNC HEP di Kolej 1, Universiti Malaya sebentar tadi. |
Lebih biadap, mereka turut menaikkan kain rentang yang boleh disifatkan amat biadap dan keterlaluan seperti dalam gambar di bawah.
Biadap! Pro-M Tolak Calon Tua?? |
Beginikah tahap dan kualiti sebenar pemimpin-pemimpin Pro-M di Universiti Malaya? Tak habis-habis nak cetuskan masalah.
Tindak-tanduk mereka ini sebenarnya tidaklah menghairankan kerana ia sudah dirancang oleh kepimpinan Pro-Mahasiswa Nasional di mana salah seorang penggerak utamanya yang juga mantan Presiden MPM UM, Saudara Syahid Zaini, diberikan tugas khas untuk menjalankan aktiviti seumpama ini dalam usaha mengekalkan kemenangan di UM.
Maklumat lengkap berkenaan perkara ini akan SB dedahkan dalam masa terdekat berdasarkan info-info yang diterima daripada sumber dalaman PAS dan PKR yang bertanggungjawab dalam mengatur gerakan mahasiswa propembangkang di Malaysia.
No comments:
Post a Comment