Hari ini, mahasiswa-mahasiswi seluruh negara akan membuang undi untuk memilih kepimpinan baharu dalam Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa (MPP/M). Selepas 5 universiti selesai mengadakan pemilihan, baki 15 buah IPTA lagi akan menjalankan proses tersebut hingga jam 5 petang ini.
Kempen sudah giat dijalankan. Kini tiba masanya anda semua membuat pilihan terbaik untuk masa depan universiti dan jagat mahasiswa yang lebih baik dari hari ini dan semalam.
Pro-M sudah terbukti bukan pilihan yang bagus. Mereka adalah proksi utama pembangkang di dalam kampus. Mereka menganjurkan budaya politik jalanan dan anarkisme. Mereka memilih untuk berkonfrantasi dengan pihak universiti tanpa asas. Kenapa jadi begitu? Semuanya kerana hasutan parti-parti pembangkang di luar kampus yang mengajak mahasiswa membenci pemerintah dan segala agensi di bawahnya termasuk universiti kita sendiri.
Jika ada masa, anda selongkarlah arkib artikel di dalam blog Suara Baru ini. Pelbagai catatan peristiwa dan fakta telah SB tampilkan untuk perhatian mahasiswa mahasiswi sekalian. Blog ini tidak akan berhenti di sahaja. Sekali SB melangkah, SB akan terus maju tak mengira musim dan waktu.
Lebih banyak pembongkaran akan dilakukan atas nama perjuangan untuk kebaikan dan masa depan kita semua. Tolak Pro-M jika anda benar-benar sayangkan universiti!!
No comments:
Post a Comment