Sampai ke telinga SB, kononnya, salah seorang penggerak utama kem Aspirasi Mahasiswa di salah sebuah IPTA terkenal di Pantai Timur sedang merencana sabotaj maha jahat kepada pasukannya sendiri.
Jika benar seperti yang didakwa, SB fikir pejuang seperti ‘beliau’ wajar saja ditendang dan disingkirkan secara mutlak daripada pasukannya.
Kenapa SB marah sangat? Menurut sumber SB ini, beliau sedang merancang kekalahan pasukannya kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan universiti. Yang menjengkelkan bukanlah dendamnya itu, tetapi kerana budak sedang belajar ini tak profesional dalam tindakannya.
SB dimaklukamkan masalah yang dihadapinya hanya bersifat peribadi. Jadi kenapa nak libatkan seluruh pasukan?
SB kenal benar budak ini. Dahulu beliau yang SB kenal memang amat teguh dengan perjuangan yang dibawa. Namun sejak akhir-akhir ini beliau sering menikam dari belakang, mengadu domba dan bermuka-muka dalam setiap tindak-tanduknya.
SB tak berhajat nak dedahkan siapa beliau yang dimaksudkan. Anak-anak buahnya amat berharap agar beliau dapat mengubah pendiriannya itu, kembali kepada perjuangan dan berusaha mengekalkan kemenangan pasukannya.
Bertindak profesional, atau berundur secara terhormat.
Aspirasi itu terasnya rasional, toleransi dan realistik!
No comments:
Post a Comment