Kumpulan mahasiswa haluan kiri dikenali sebagai Pro-M ketika ini dilihat dalam keadaan terdesak untuk memenangi pilihanraya kampus di beberapa IPT seperti UKM, UTM, UPM serta Universiti Malaya.
Menurut sumber daripada penggerak Pro-M Nasional sendiri, kekuatan mereka kini bukan lagi tertumpu di UM malah, boleh dikatakan tidak ada lagi universiti yang dianggap sebagai kubu kuat termasuk UKM.
Menurut beliau, situasi yang membimbangkan ini berpunca daripada salah percaturan kepimpinan pusat yang terlalu ghairah melibatkan diri dalam kegiatan politik kepartian di luar kampus. Kemuncaknya boleh dilihat apabila label Pro-M digunakan untuk gerakan Anti-PTPTN, BEBAS dan Malaysia Bangkit walaupun ia bukan agenda rasmi pergerakan tersebut.
Lebih mengejutkan, beliau turut meramalkan Pro-M akan kalah teruk dalam pilihanraya kampus kali ini memandangkan terdapat begitu banyak masalah dalaman membabitkan unit-unit yang bergabung di bawah pergerakan tersebut.
Sebagai contoh, Gabungan Mahasiswa Islam Nasional (GAMIS) dikatakan tidak sebulu lagi dengan beberapa persatuan aktivis pelajar yang turut bernaung di bawah Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang juga induk bagi pergerakan Pro-M Nasional ketika ini. Walaupun ia melibatkan kepimpinan atasan, namun masalah yang timbul sedikit sebanyak telah melemahkan pergerakan persatuan-persatuan tersebut.
Justeru bagi menghadapi pilihanraya kampus kali ini, Pro-M di peringkat universiti telah diarahkan supaya menggunakan sepenuhnya Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang sebenarnya ialah tunjang utama Pro-M di kebanyakan kampus.
Gerakerja turut diatur bermula ketika Minggu Orientasi atau Minggu Haluan Siswa di mana ahli-ahli PMI dikerah menyambut ketibaan pelajar baharu khususnya yang datang dari Sabah dan Sarawak.
Menurut laporan yang diterima, gerakan PMI sepanjang minggu suai kenal ini bermula di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). PMIUTM telah melancarkan montaj Selamat Datang dan montaj perkenalan diikuti PMI Universiti Putra Malaysia yang mengeluarkan kenyataan akan bertanding dalam pilihanraya kampus yang dijangkakan bermula pertengahan September ini.
KENAPA PMI?
Perkembangan yang berlaku ini menceritakan kegusaran pimpinan tertinggi Pro-M Nasional. Namun perkara ini seboleh mungkin cuba disembunyikan daripada pengetahuan ahli bawahan.
Pro-M Nasional melihat imej dan kredebiliti pergerakan mereka sudah rosak akibat tindakan-tindakan pihak tertentu yang berselindung di sebalik entity tersebut untuk kepentingan politik individual.
Keganasan membabitkan GMUKM ketika cubaan menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, DS Khaled Nordin, pada Oktober 2008. |
Nama-nama seperti Adam Adli (UPSI), Khalid Ismath (UiTM), Shukri Razab (KUIS), Syazni Munir (KUIS), Syahid Zaini (UM), HAziq Abdullah (UM) dan ramai lagi yang pernah terlibat dalam pelbagai kesalahan disiplin baik di dalam mahupun di luar kampus dikatakan telah mendatangkan kerosakan yang besar kepada Pro-M.
Penglibatan kumpulan muslimah secara melampau dalam politik luar juga telah menjejaskan imej Pro-M di kampus-kampus. |
Selama ini Pro-M dianggap sebagai suara kebebasan mahasiswa, namun sejak campur tangan melampau individu-individu tersebut, imej dan kredibiliti Pro-M menjunam teruk dan dipertikaikan oleh ahli-ahlinya sendiri.
Justeru bagi mengembalikan kedudukan Pro-M, pimpinan pusat telah mengarahkan supaya tanggungjawab menawan pilihanraya kampus diambil sepenuhnya oleh Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam.
Kenapa PMI? Ia adalah mudah. PMI merupakan tunjang sebenar Pro-M di kampus-kampus. Manakala persatuan-persatuan lain seperti LMP, KAMI, AKSI, SIGMA dan sebagainya hanya wujud secara serpihan di satu dua kampus sahaja dan lebih tertumpu kepada parti-parti politik pembangkang berbanding kebajikan mahasiswa.
KEWANGAN TIDAK TERHAD
Selain itu, PMI juga menerima peruntukan kewangan tidak terhad daripada sebuah parti politik pembangkang iaitu PAS bagi membolehkan persatuan-persatuan ini digerakkan secara optimum.
Sehubungan itu, kepimpinan Pro-M Nasional telah bersetuju secara prinsip untuk bergerak di bawah PMI sebagai persiapan menghadapi pilihanraya kampus kali ini. Antara lain, ia bertujuan mengurangkan damage impacts yang dilakukan oleh “Kumpulan Adam Adli” di samping menampung perbelanjaan mengurus.
Walaupun begitu, menurut sumber berkenaan, peluang PMI tetap tipis di kebanyakan kampus kerana persepsi negatif yang telah ditampalkan kepada mereka. Pelajar-pelajar yang baru mendaftar masuk juga secara umumnya sudah mendapat gambaran negatif tersebut sebelum bergelar mahasiswa lagi berikutan laporan meluas media-media massa terhadap aktiviti yang dilakukan selama ini.
Adam Adli dan Khalid Ismath misalnya, siapa yang tidak kenal? Dua orang mahasiswa bermasalah yang digantung pengajian kerana biadap dan kurang ajar! Adakah mahasiswa begini yang mahu diangkat sebagai pemimpin?
Meskipun tanpa sebarang asakan atau serangan daripada Kumpulan Aspirasi Mahasiswa, imej PMI (Pro-M) sendiri sudah rosak teruk, kata beliau lagi.
2 comments:
berbual r post ni....:P
"Selain itu, PMI juga menerima peruntukan kewangan tidak terhad daripada sebuah parti politik pembangkang iaitu PAS bagi membolehkan persatuan-persatuan ini digerakkan secara optimum"
PAS nak bagi duit???
nak gelak boleh??
Post a Comment